Sunday, December 21, 2008
Mesej Islam Dan Warga Pekak
Tuesday, December 16, 2008
Kuala Lumpur



Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL. Dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.


Friday, December 12, 2008
Saya sentiasa bermimpi Kota Suci
Kota Suci adalah tempat tanah suci di Arab Saudi. Saya mula suka ia apabila mak saya bercerita tentangnya kepada saya. Saya pun berminat nak menjejaki kaki ke tanah suci bila-bila masa. Insyaallah Allah s.w.t. mengetahui.
Saya takut jika saya hilang pahala selagi saya buat tidak baik, saya akan dimasukkan ke neraka. Itulah menakutkan dan menghantui saya jadi saya selalu berdoa kepadaNya untuk minta ampun kepadaNya. Itulah saya selalu berdoa pada setiap hari. Doa saya akan termakbul. Oleh itu, ia menyedarkan hati saya jadi baik dan terus mencari rezeki dan keimanan yang Allah s.w.t mahu kerana saya ingat surah itu berkata,"Jika ada rezeki baik di dunia, simpanlah bekalan rezeki dan pahala untuk hari akhirat". Ia selalu mengingatkan saya. Hebatnya agama kita (Islam). Jadi saya tetap berpegang agama saya walaupun saya x pernah meninggalkan agama saya.
Saya berharap kawan2 dan keluarga saya akan menyokong saya pada suatu hari nanti.
Elak diri daripada Dadah, Penganas dan Penjahat
Saya kecewa akan pemuda-pemudi negara kita kerana anda bayanglah mereka akan musnahkan masa depan mereka masing2 dan tiada orang menggantikan orang-orang tokoh yang terkenal di negara kita. Saya selalu berdoa kepada Allah s.w.t..
Bermula dari cerita adik saya, saya amat penuh hairan akan perbuatan mereka. Saya faham kenapa mereka begitu. Anda tahukan apa punca utama? Fikirlah masa depan keluargamu dulu. Apa yang punca utama menyebabkan mereka begitu ialah masalah keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Percayalah saya.
Marilah saya beri reason kepada anda. Saya sudah buat kajian tentang punca itu. Saya didapati tahu apa yang saya kajikan ialah pada mulanya rakan-rakan sebaya ajak mangsa ke tempat yang mereka mahu. Kemudian mereka paksa mangsa guna dadah yang mangsa x mahu secara tiba2. Akhirnya mangsa yang bernama A itu jadi ahli dalam kumpulan mereka apabila fikiran mangsa jadi tidak tentu arah. Selepas beberapa hari kemudian, A mula menyeksa atau mendera ibunya supaya ibunya beri wang kepada A walaupun ibunya tidak mahu. Anda tahu tak? A sudah bersikap ganas sangat seperti kejam kerana dadah. Itulah saya tahu. Bahayanya.
Saya terkejut apabila mengetahui jumlah tahun ini semakin meningkat lagi berbanding tahun sebelumnya. Adakala masuk penjara beberapa kali. Adakala menyembunyikan diri daripada diburu polis. Geramnya. Apa salah rakan sebaya anda? Kerana merekalah mata duit! Contohnya A mahu dadah tapi malangnya rakan sebaya itu minta dia (A) bayar mahal kepada mereka sebelum dia diberi dadah. Sebenarnya saya bukan benci mereka atau A tetapi sangat kasihan pada mereka kerana mereka hilang ganjaran pahala dan bakal masuk ke neraka tidak lama walaupun mereka tidak sedar mereka sedang dilihat oleh Allah s.w.t.
Akhirnya, saya selalu menyedarkan kawan-kawan saya bahawa dadah tu bahaya, jangan anda cuba gunanya tu. Jika tak, anda akan hilang kawalan dan terus lupa diri anda dan keluarga anda,ya.
Ingatlah Allah S.W.T.
Thursday, December 11, 2008
Selamat Hari Raya Haji & Korban 1429H & Tahun 2008
Saya penulis ini ingin berucap selamat hari raya haji kepada warga Muslim kita di dunia kita. Saya minta maaf dgn ikhlas jika berbuat tidak elok terhadap anda.

Saya berharap agar kita boleh bersama-sama untuk mengerjakan umrah & haji di sana. Ia sangat indah dan tenang untuk Muslim. HanyaNya boleh mengampuni dosa-dosa kita. Terima kasih.
Monday, November 17, 2008
Revenge(Rubik) Cube - ( Kiub Rubik) : Ia membantu anda berteka hingga berjaya!

Semasa bercuti sekolah telah bermula, adik saya telah beli ia sebuah buah kuib rubik. Itulah saya ingat ia sejak kecil. Saya suka ia tapi susah selesai segala-gala.
Namun begitu, saya pernah berjaya 3X3 warna saja bukan segala-gala. :D Saya sudah tahu selepas dimaklumkan adik saya. Adik saya kata jika anda berjaya selesaikan masalah itu, maksudnya anda pintar. Jika tidak, anda tahu sendiri. Saya bukan pandai selesai.haha...
Adik-beradik saya cuba selesai segala-gala hari ini. Ia buat kita berseronok. Minda kami juga seronok. Anda tahu ia bukan mudah selesai tapi awak perlu fikir bagaimana selesaikan masalah tu. Ingatlah ia sebagai suatu cabaran anda! Selesaikannya masalah bila menghadapi cabaran tu! Semoga berjaya..
Saturday, November 15, 2008
Awas!! Permainan Video membawa kesan-kesan negatif.
Kes Berkaitan Permainan Video
Kes 1
SEORANG lelaki sanggup ‘putus saudara’ untuk dua jam dengan dua anak saudaranya yang di bawah umur semata-mata tidak mahu disalahkan kerana membawa mereka ke pusat permainan video hingga lewat pagi di Klang.
Bapa saudara tidak bertanggungjawab itu turut membiarkan anak saudaranya, masing-masing berusia 11 dan 14 tahun, disoal penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang melakukan operasi di pusat itu manakala dia meneruskan permainan video.
Kanak-kanak berkenaan pula walaupun hanya ditanya butiran diri dan mengapa ke sana bermain permainan video hingga lewat pagi, mula hendak menangis dan kerap mengalihkan pandangan pada bapa saudaranya yang langsung tidak mengendahkannya.
Penguat kuasa MPK yang mula syak dengan perkara itu terus bertanyakan dengan siapa mereka datang ke sana sebelum kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengatakan datang bersama bapa saudara mereka.
Kes 2
PENJUALAN permainan video yang didakwa menjadi punca terbunuhnya seorang remaja Britain laris selepas pembeli cuba mendapatkannya sebelum pihak berkuasa mengharamkannya.
Publisiti meluas mengenai permainan yang diberi nama ‘Manhunt’ itu menyebabkan pengguna tidak melepaskan peluang membelinya di kedai.
Dilaporkan pembunuhan Stefan Pakeerah, 14, didakwa dibunuh temannya, Warren Leblanc, 17, yang ketagih dengan
permainan itu di London.
Kes 3
SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas. Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup di atas kerusi rodanya.
Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.
Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam tempoh lima tahun lalu.
Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya dilakukan remaja.
Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti video yang dipanggil ‘Bumfight’ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah diserang, didera dan dicaci.
Kes 4
ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah ladang, menyaman pembuat
permainan video ‘Grand Theft Auto: Vice City’ pada 2006 di Albuquerque, New Mexico.
Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain permainan video ganas.
Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan beberapa bulan sebelum membunuh bapa,
ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.
Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21 tahun.
Kes 5
PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga ‘terlupa’ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.
Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.
Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.
Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan siri fantasi Dungeons & Dragons.
Calon OKU tekad capai kecemerlangan

JOHOR BAHRU 11 Nov. - Lima calon orang kurang upaya (OKU) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, bermula hari ini, bertekad memperoleh kejayaan cemerlang.
Tiga daripada mereka mengalami cacat penglihatan, manakala dua lagi rabun.
Biarpun mengakui kekurangan diri, mereka seperti calon-calon normal yang lain turut berhasrat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan selama ini.
Seorang calon yang cacat penglihatan, Mohd. Nazri Yacob, 18, berkata, dia sering berdoa semoga dorongan dan sokongan keluarga, guru-guru serta usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil yang terbaik.
Menurutnya, kejayaan yang diimpikan itu kelak akan digunakan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang peguam.
"Semoga doa saya dimakbulkan. Peperiksaan hari ini merupakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita berkenaan," katanya yang mengalami cacat penglihatan ketika berusia lima tahun akibat pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak.
Mohd. Nazri berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk mengulang kaji pelajaran kerana sudah biasa menggunakan sistem braille, malah dia akan mengulang kaji selama empat jam sehari.
Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu lebih selesa mengulang kaji bersendirian kerana baginya adalah mudah merangka jadual sendiri.
Bagi N. Tanamala, 18, yang mengalami rabun tahap B2, dia menghadapi masalah ketika belajar di dalam kelas kerana tidak begitu nampak apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.
Bagaimanapun, atas bantuan rakan-rakan, dia berjaya memahami apa yang diajar selain mengulang kaji pada waktu malam.
"Dalam banyak-banyak subjek, saya paling suka Sejarah biarpun ia sedikit susah," katanya yang berhasrat menjadi guru Sejarah suatu hari nanti.
Kelima-lima sahabat ini merupakan antara 229 calon yang menduduki SPM di sekolah berkenaan pada tahun ini.
Pelajar Melayu di sekolah Cina berjaya 6A dalam keputusan UPSR 2008...Suatu hebat!!!

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Walaupun belajar di sekolah aliran Cina tetapi ia tidak menghalang Julian Juani Ayasy Mohd, Salehhuddin menempa kejayaan cemerlang dengan memperoleh 6A dan 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Desa Jaya 1, Gombak itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) dan penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina (penulisan) dan PEKA (Penaksiran Kerja Amali Sains).
Penulis Blog ini sudah kembali!!!
Saya minta maaf kerana membuat anda tunggu selama-lama. Semasa hari itu, saya pun berada di sekolah hingga tidak ada masa nak menulis blog..:D
Saya sudah bersedia untuk mengubahsuai blog baru. Saya akan menulis blog ini sebaik saya dapat idea yang baik. TQ..
Wednesday, August 20, 2008
Kita perlu bersedia untuk berpuasa




Para pembaca,
Jangan risau tentang ini. Anda pernah makan buah kurmakah? Ia boleh membantu awak berpuasa hingga waktu maghrib. Saya ingin awak tengok apa2 yang awak belum pernah..
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Awas! Jangan curi makan semasa anda berpuasa,ya. Okey saya ingin berucap selamat berpuasa dan berbuka puasa kepada para pembaca yang beragama Islam.
Akhirnya Malaysia berjaya mendapat pingat dalam Sukan Olympic
Anda sudah tahukah tentang ini? Saya bersyukur kerana Malaysia telah mencapai kejayaan apabila Chong Wei telah berjaya mendapat pingat perak selepas Lin Dan menewaskannya. Saya berharap anda jangan marahnya,ya.. Saya bergembira kerana dia ada pingat,ya.
Tahu tak, pelumba basikal kita juga mendapat tempat ke 8. Pada mulanya saya yakin dia mesti menewaskan pelumba terpentas, Chris dari UK tapi x jadi kerana Chris memang sangat pentas lalu menewaskan pelumba basikal negara kita untuk memasuki separuh akhir. Tidak apa.
Saya mesti bersorak kepada atlet taekwondo kita supaya mereka mesti mencapai pingat emas, perak atau bronze.. Marilah kita bersorak MAlaysia Boleh!!!
Thursday, August 14, 2008
Selamat Bercuti Sekolah
Penulis ini nak berucap selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah SMPKP. Penulis berharap mereka akan berseronok dan juga dapat bersemangat baru untuk meyakini pelajar-pelajar itu..
Penulis juga dapat tahu betapa hari anugerah akan berlangsung pada esok hari jumaat ini. Tapi sayangnya penulis terlepas peluang daripada menerima hadiah pelajar kecemerlangan SPM kerana penulis kini bercuti di rumah hari ni. Tak apa..
Penulis ingin bercerita secara ringkas. Untuk mengenal ting.6, penulis tahu didapati kelas itu ada 3 orang saja termasuk penulis. Tapi penulis juga berseronok bekerjasama dengan mereka. Walaupun STPM susah, kami bersama2 sabar untuk berusaha sungguh2. Hebat tak? Tak apa..
Penulis berharap pelajar2 mesti rajin2 belajar semasa bercuti nanti... Ok..
Wednesday, July 9, 2008
Tingkatan Enam di SMPKP kini dibuka pada 14 Julai ini


Tuesday, July 8, 2008
Berita baik!!! Ramalan SPM bahasa inggeris 2008
Ramalan SPM bahasa Inggeris Tahun 2008(Short story):
- The Necklace
- The Sound Mechine
- Looking for a Rain God
Akhir sekali saya berharap perkara pasti bukan bocor. Hanya dapat tahu daripada Fokus SPM keluaran Julai 2008. Semoga berjaya.
Mengapa pelajar yang tidak bermasalah tidak berjaya?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar yang tiada bermasalah tidak berjaya dalam pelajaran mereka iaitu
- Ambil Mudah Dalam Kehidupan
Dalam belajar seseorang itu perlu mempunyai minat dan dalam masa yang sama mempunyai sasaran terhadap masa depan yang muncul dengan sendirinya. Namun, kebiasaannya pelajar yang kehidupannya tidak mempunyai masalah ini, lebih suka ambil mudah terhadap sesuatu perkara terutamanya pelajaran. Bagi mereka, mereka tidak perlu bersusah payah kerana kehidupan yang mereka miliki kini sudah cukup sempurna dan senang. Dari situ, mereka tidak mempunyai matlamat dan hanya berfikiran bahawa masa depan mereka tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa dan mereka akan mewarisi segala yang ibu bapa mereka miliki kini. Oleh sebab itu, mereka lebih suka belajar secara sambil lewa tanpa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.
- Unsur-unsur luar
Zaman kini ialah zaman yang serba-serbi canggih. Segala maklumat berada di hujung jari dan tidak kurang juga dengan pendedahan hiburan. Oleh itu, tumpuan pelajaran terhadap pelajaran akan tersasar dan terganggu apabila segala kemudahan itu terlalu mudah diperoleh dan ada di depan mata mereka.
- Tidak kesedaran ibu bapa
Ibu bapa sebenarnya perlu lebih tumpuan kepada anak-anak yang hidup dalam kehidupan yang agak "mewah" ini kerana anak-anak dalam golongan ini lebih mudah terdedah kepada anasir-anasir yang kurang sihat. Mungkin anak-anak ini kurang berjaya kerana kurangnya motivasi dan tiada pemupukan semangat untuk belajar daripada ibu bapa.
- Kawan-kawan yang tidak dapat membantu
Bukan semua kawan di sekeliling pelajar ialah kawan-kawan yang dapat membantu untuk berjaya. Jika kawan itu membawa kepada sikap malas untuk belajar, pasti pelajar itu sendiri juga akan malas belajar. Jadi ibu bapa juga berperanan memantau setiap kawan anak-anak mereka.
- Kurang Didikan Agama
Didikan agama yang cukup adalah salah satu faktor kejayaan pelajar. Jika didikan agama tidak diterapkan dalam diri anak-anak oleh ibu bapa, dengan mudah anak-anak terpesong daripada landasan mereka. Contohnya, jika anak-anak yang telah diterapkan didikan agama yang betul, pasti sukar untuk mereka menipu ibu bapa mereka. Mereka memberitahu ibu bapa bahawa ingin pergi ke kelas tambahan dan pasti berasa takut untuk melencong dari tujuan asal. Keadaan sebaliknya berlaku kepada anak-anak yang kurang didikan agamanya.
- Peranan Guru
Guru bertanggungjawab untuk mendidik dan memastikan pelajar berjaya. Jadi guru perlu bijak untuk menarik perhatian pelajar agar pelajar berminat untuk belajar. Sememangnya guru perlu menjadi seorang yang disukai pelajar kerana itu salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap apa-apa yang diajar.
- Tidak merasai hidup susah
Pelajar yang tidak mempunyai masalah dalam kehidupan mereka tidak pernah merasai kesusahan hidup. Oleh sebab itu mereka tidak tahu betapa pentingnya kejayaan dalam pelajaran kerana beranggapan mereka akan terus hidup dalam kesenangan.
Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting dalam meniup semangat untuk belajar dalam diri anak-anak dan menasihatkan kepada pelajar bahawa hanya pelajar itu sendiri yang mampu membina kehidupan mereka sendiri.
Wednesday, July 2, 2008
Soalan: Bagaimanakah kita mampu menangani masalah kenaikan minyak?
Jawapan:
- Kita mampu menggunakan solar supaya solar boleh menerima "elektrik" dari Matahari supaya boleh menggerakkan atau menghidupkan elektrik rumah atau kendera kita.
- Kita juga menggunakan gas asli dalam kereta kita kerana kita menguji "sistem" keretapi tanpa kawalan jauh (alat elektrik).
- Kita kena menjimatkan minyak dalam botol atau botol besar supaya mudah menggunakannya bagi mengelakkan daripada kenaikan harga minyak atau membazir duit.
- Kita mesti berganding bahu untuk menjaga minyak supaya menjimat minyak daripada digali.
- Kita perlu berbincang secara berdamai untuk mengimport atau mengeksport ke negara lain yang diperlukan.
Hal ini menghasilkan berita hangat kepada seluruh dunia. Itulah tajuk karangan PMR dan SPM mungkin akan dikeluarkan. Nescaya tidak nescaya...:D Selamat mencuba.
Tingkatan Enam kini dibuka!!
Malahan masa kini sudah lewat kerana biasanya orang normal masuk tingkatan enam pada bulan mei atau jun. Tapi entahlah. Jadilah saya kena berbincang dengan guru saya yang saya percaya. Kami selalu berbincang pasal tawaran itu. Akhirnya saya terima tawaran sementara saya masih menunggu tawaran politeknik (ambil diploma) dan juga keputusan SPM ulangan BM pada bulan September atau Oktober ini.
Untuk pengetahuan anda, STPM lebih susah daripada UPSR, PMR dan SPM sekali tetapi ada sesetengah telah berjaya mengatasi peperiksaan STPM melalui usaha gigih. Saya baru tahu mereka selalu berusaha mencari ilmu yang banyak2, bukan ambil mudah. Hebatnya. Di samping itu, ada separuh daripada ramai itu telah berhenti tingkatan 6 kerana mereka baru terima tawaran IPTA atau lain2. Itulah saya hanya tahu daripada guru saya. Guru saya pernah sekali.
Selain itu saya rasa boleh membantu kawan-kawan saya menyelesaikan masalah pelajaran dalam PMR dan SPM kerana saya suka bersikap berganding bahu dan bagai aur dengan tebing sejak kecil hingga kini. Saya berharap agar saya akan terima tawaran yang terbaik selain tawaran tingkatan 6. Saya berucap terima kasih kepada pihak sekolah ini. Ini berita baik untuk warga sekolah SMPKP
Sunday, June 29, 2008
keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak ini berpunca daripada mempengaruhi budaya barat. Keruntuhan akhlak ini sering dilakukan oleh golongan remaja hari ini. Keruntuhan akhlak menyebabkan golongan remaja sengaja hilang maruah keluarga masing-masing.
Faktor-faktor keruntuhan akhlak ialah
- mempengaruhi media messa.
- meniru budaya barat. contohnya cinta.
- bergaul dengan orang yang bersikap negatif.
- tidak dapat berkomunikasi dengan orang tuanya.
- dipaksa melakukan benda yang tidak baik.
- ingin membebaskan daripada agama.
- masalah tekanan akibat didera dan dicabul kehormatan oleh bapa atau bapa tiri atau lain-lain.
- ditinggalkan kesan negatif oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- ibu bapa tidak menumpu perhatian terhadap anak-anak sementara ibu bapa masih bekerja.
- kedatangan orang asing mendorong remaja ikut budaya barat.
Langkag-langkah untuk menangani masalah tersebut:-
- Usaha pihak kerajaan menyedarkan ibu bapa dan sekolah bahawa remaja lah pemimpin masa depan.
- Ibu bapa dinasihatkan untuk menumpu perhatian terhadap pergerakan anak-anak.
- Ibu bapa juga ambil risiko untuk menyelesaikan masalah dengan anak-anak.
- Ibu bapa mesti ada masa lapang bersama-sama anak-anak pada 2 kali setiap minggu.
- Ibu bapa mesti mengetahui masalah anak-anak kerana anak-anak biasanya memerlukan bantuan ibu bapa sebagai tanda kasih sayang.
- Pihak sekolah juga turut membantu golongan remaja. Contohnya sekolah mengadakan kem pemulihan untuk pelajar yang bermasalah.
- Pihak sekolah memberi didikan agama untuk menyedarkan dan menegurkan golongan remaja supaya mengelakkan diri mereka daripada keruntuhan akhlak dan juga tabiat buruk.
- Masyarakat juga bertanggungjawab bersama-sama pihak kerajaan untuk memberi ceramah agama kepada golongan remaja yang melibatkan kes itu.
- Masyarakat mengadakan aktiviti bergotong royang dan majlis lain2 untuk seluruh perkampungan sebagai peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk menjalinkan hubungan antara mereka.
Oleh itu saya berharap anda mesti buat karangan terbaik. Semoga berjaya dan selamat mencuba.
Pemanasan Global
- secara langsung bencana alam seperti kemarau, hujan berlebihan, banjir dan paras laut meningkat setahun iaitu tiga sentimeter menyebabkan banyak pesisiran pantai dan delta akan hilang.
- kejadian taufan pula misalnya menyebabkan hasil tanaman musnah dan pengeluarannya berkurangan akibat cuaca tidak menentu.
- hasil pertanian sukar dijangka.
- kos meningkat termasuk kos pengangkutan. contohnya kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga.
- sumber tenaga boleh terjejas.
- kekurangan makanan dan masalah kebuluran.
- penggangguran dan krisis poitik.
- rakyat dunia kita tidak mempedulikan tentang menjaga alam sekitar dan kitar semula.
- mengikut cuaca yang tidak tentu.
- Gas karbon dioksida merupakan gas yang terpenting dan ia adalah punca ia bertambah akibat penggunaa bahan bakar fosil.
- Gas ini digelarkan sebagai gas rumah hijau kerana gas rumah hijau disebabkan oleh penggunaan tenaga fosil seperti dalam sistem pengangkutan, industri, kawasan bandar serta pembakaran terbuka.
- kebakaran hutan juga menyebabkan cuaca semakin panas.
- menjejaskan kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber air, pinggir laut, menjejaskan habitat dan mengganggu ekosistem.
- pencairan glasier dan peningkatan air laut menyebabkan pencerobohan air masin dan memberikan kesan kepada pinggir laut seperti habitat da hakisan. Ini akan menjejaskan bekalan air, kuantiti yang mempengaruhi penggunaan domestik.
- mengancam manusia terutama warga emas dan kanak-kanak dalam tempoh terdekat daripada segi sistem ekonomi dan kesihatan.
langkah-langkah mengatasi masalah pemanasan global ialah:-
- menurunkan penggunaan kenderaan persendirian dengan galakkan penggunaan kenderaan awam.
- mempergiatkan penyelidikan penggunaan tenaga bersih dan pembangunan mekanisme seperti biofuel dan nuklear.
- dengan mencari sumber tenaga mesra ala seperti solar,biofuel dan nuklear.
- memahami fenomena bumi.
- bidang penyelidikan alam sekitar yang membantu dalam menangani isu yang mengancam alam sekitar dan alam semulajadi.
- memberi pelbagai kempen untuk menyedarkan rakyat dunia kita supaya kita bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar dan alam semulajadi daripada ancaman pemanasan global dan menjadi sikap "tak apa" dan "tak kisah" tentang cuaca.
Wednesday, June 25, 2008
Panduan Peperiksaan Bahasa Melayu SPM


Tuesday, June 24, 2008
Kenangan Manis Sewaktu hari SPM Ulangan
9.47 am - Saya mengikut mak saya mencari tempat peperiksaan iaitu sekolah adik saya. Sambil berjalan kaki, saya berangkat muka ke arah tingkat atas blok lalu melihat banyak orang normal termasuk dewasa sekali. Itulah saya tidak sangka. Bila sampai di tingkat atas blok itu, mak saya berbincang dengan para pengawas terutama ketua pengawas sekali. Mereka berpaling muka ke arah saya. Saya asyik malu sikit seperti kucing.=D Selepas itu saya mencari nombor meja saya hingga menemuinya. Tempat kedudukan saya berhampiran pintu keempat dalam bilik dewan.
10.10 am - Sebelum peperiksaan bermula, saya mencuri tengok-tengok lalu berpusing sekeliling bilik tersebut. Apa yang saya tengok ialah ada dewasa, wanita mengandung, wanita menutup aurat dan remaja-remaja juga. Itulah waktu kali pertama saya.
12.58 pm - Bila peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu telah ditamatkan, saya balik sekejap lalu berjalan kaki ke arah sekolah rendah yang berhampiran sekolah adik saya tadi. Nampaknya adik saya tiada di sana kerana saya diberitahu bahawa dia ada kelas fardu ain. Jadi saya menunggu hingga kemunculan mak saya. Mak saya bawa saya ke tempat kerja mak saya. Ia berada dekat sekolai itu.
1.55 pm - Mak saya hantar saya ke sekolah semula untuk berterus menduduki peperiksaan. Sebelum peperiksaan BM Kertas 2 bermula, ada orang perempuan dekat saya lalu bertanya, "bolehkah saya tgk buku awak sikit?" Saya malu sekali kerana saya tidak boleh bercakap jadi saya balas dengannya lalu saya tunjuk isyarat yang bertanya saya tidak dengar. Perempuan itu terkejut sikit tapi saya rela beri buku katnya. Dia memberi senyuman kepada saya. Beberapa saat kemudian, para pengawas memanggil kami untuk memasuki bilik dewan semula sebelum peperiksaan bermula.
2.36 pm - Saya boleh dengar bunyi telefon orang lain lalu berpaling muka sekeliling bilik dewan itu. Saya ingat telefon bimbit saya disimpan dalam beg saya di luar bilik dewan. Apabila saya berpaling muka dari hadapan ke kanan lalu saya nampak sesuatu, saya dapat tahu ada orang yang bersembunyi telefon bimbit yang berkata, "Tunggu akulah. Aku sedang menduduki ujian. Aku mau off. bye!" lalu tutup telefonnya supaya mengelakkan ia daripada pengetahuan para pengawas. Lelaki itu dekat saya. Kedudukannya di sebelah kanan saya. Saya berangkat muka dari kiri ke kanan.
4.25 pm - Seorang daripada para pengawas beritahu saya masa hampir tamat. Saya berusaha supaya melaksanakan jawapan. Tapi tidak jadi kerana saya hampir laksana jawapan itu. Tak apa. Hal ini kerana para pengawas tidak beri masa tambahan kepada saya.
4.42 pm - Peperiksaan dah tamat. Ketua pengawas meminta kami bersih meja serta ambil slip BM yang diletakkan atas meja tadi kerana hari berikut ada peperiksaan matematik,ya.
4.47 pm - Semasa saya menuruni anak tangga, saya sms kat mak saya tapi dia x jawab. Itulah saya risau. Jadi saya ingat pesan mak saya yang minta saya tunggu di pintu utama sekolah itu. Apabila saya keluar dari sekolah itu, mak saya berlambai tangan lalu saya pergi ke arah mak saya. Mak saya terkejut kerana mak saya ingat biasanya para pengawas memberi masa tambahan kepada saya yang istimewa. Tapi mak saya rasa tidak adil. Saya terus ketawa lalu bercerita kat mak saya bahawa para pengawas tidak mahu menunggu saya hingga masa tambahan tamat jadi mereka bercadang saya mesti menghabiskan masa bersama-sama dengan ramai orang itu. Mak saya berkata tidak apa.
5.13 pm - Kami pergi ke kedai yang mak ingin beli. Saya x kisah. hhehe..
Saya berharap kamu mesti berancang dengan bijaksana sekali supaya menjimatkan masa awak. Jangan membazirkan masa kamu,ya.. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang,ya.
Monday, June 23, 2008
Aku sedang relaks sebelum menghadapi ujian SPM Ulangan pada hari Selasa ini.
Detik 21 Jun 2008 merupakan hari kami pergi ke k.terengganu untuk mengambil adik saya balik rumah dari MRSM K.Terengganu. Semasa perjalanan ke Kelantan, kami juga nak bersinggah di luar pantai K.Terengganu kerana kami rehat sebentar sebelum kereta kami bertolak semula,ya. Walau bagaimanapun, di sana pun saya ingin buat relaks supaya otak saya lebih rehat daripada sibuk-sibuk kerja. =D
Jika saya tidak berehat sehari, saya rasa pasti otak saya akan lebih memenat. Saya berseronok apabila kembali ke pantai yang saya lama ingin kerana beberapa bulan saya tidak dapat pergi tengok luar pantai kerana saya sering duduk di rumah sahaja. Nescaya saya sering mengingati Allah Maha Pencipta kerana saya sangat bersyukur betapa Allah yang menciptakan kita dan juga seluruh dunia. Di situlah kita mencari sumber rezeki, menuntut ilmu, memahami erti kehidupan alam sekitar dan sebagainya. Meskipun saya tidak berbuat apa-apa selain bersyukur kepada Allah Maha Esa.
Tuntasnya, kita juga harus melakukan sesuatu sebelum terlambat. Misalnya kita melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk golongan muda termasuk kanak-kanak khususnya sedangkan cuti sekolah atau lain-lain. Hal ini sebegini menggalakkan kita mendapat banyak membaca supaya kita merealisasikan pelbagai idea-idea yang kreatif dan menarik. Inilah perkara yang menyebabkan kita sedang menuntut ilmu hingga hari akhirat.
Rentetan itu, kita juga perlu berehat diri dan minda juga kita supaya otak dan tubuh boleh bersimpan tenaga sebelum memulakan menduduki peperiksaan SPM Ulangan pada hari Selasa ini (24 JUn). Kita juga banyak bertenang dan berelaks sememangnya khususnya berehat juga. Sekian, terima kasih.
Sunday, June 22, 2008
Ruang Soalan/Cadangan/Maklumat di sini
Wahai kalian,
Selamat Datang Ke Laman Blog ini

Labels
- At home (4)
- at school (3)
- Berita Harian Online (1)
- Bernama (1)
- Fokus SPM keluaran Julai 2008 (2)
- Gua Kelam (1)
- Hari Peperiksaan SPM ulangan kat Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. (1)
- Harian Metro (Pendidikan) (3)
- Karangan SPM (1)
- Luar Pantai K.Terengganu (1)
- Perlis. (1)
- Sekolah FSD (1)
- Sukan Olympic (1)
- Utusan Malaysia (1)
- Utusan Malaysia (Pendidikan) (1)
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (1)