Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 20, 2008

Kita perlu bersedia untuk berpuasa





Para pembaca,

Jangan risau tentang ini. Anda pernah makan buah kurmakah? Ia boleh membantu awak berpuasa hingga waktu maghrib. Saya ingin awak tengok apa2 yang awak belum pernah..

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Awas! Jangan curi makan semasa anda berpuasa,ya. Okey saya ingin berucap selamat berpuasa dan berbuka puasa kepada para pembaca yang beragama Islam.

Akhirnya Malaysia berjaya mendapat pingat dalam Sukan Olympic


Anda sudah tahukah tentang ini? Saya bersyukur kerana Malaysia telah mencapai kejayaan apabila Chong Wei telah berjaya mendapat pingat perak selepas Lin Dan menewaskannya. Saya berharap anda jangan marahnya,ya.. Saya bergembira kerana dia ada pingat,ya.

Tahu tak, pelumba basikal kita juga mendapat tempat ke 8. Pada mulanya saya yakin dia mesti menewaskan pelumba terpentas, Chris dari UK tapi x jadi kerana Chris memang sangat pentas lalu menewaskan pelumba basikal negara kita untuk memasuki separuh akhir. Tidak apa.

Saya mesti bersorak kepada atlet taekwondo kita supaya mereka mesti mencapai pingat emas, perak atau bronze.. Marilah kita bersorak MAlaysia Boleh!!!

Thursday, August 14, 2008

Selamat Bercuti Sekolah

Para pembaca,

Penulis ini nak berucap selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah SMPKP. Penulis berharap mereka akan berseronok dan juga dapat bersemangat baru untuk meyakini pelajar-pelajar itu..

Penulis juga dapat tahu betapa hari anugerah akan berlangsung pada esok hari jumaat ini. Tapi sayangnya penulis terlepas peluang daripada menerima hadiah pelajar kecemerlangan SPM kerana penulis kini bercuti di rumah hari ni. Tak apa..

Penulis ingin bercerita secara ringkas. Untuk mengenal ting.6, penulis tahu didapati kelas itu ada 3 orang saja termasuk penulis. Tapi penulis juga berseronok bekerjasama dengan mereka. Walaupun STPM susah, kami bersama2 sabar untuk berusaha sungguh2. Hebat tak? Tak apa..

Penulis berharap pelajar2 mesti rajin2 belajar semasa bercuti nanti... Ok..