Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 11, 2009

Malu!!! Lelaki pekak dan bisu dipenjara 14 bulan kerana miliki dadah

Lelaki pekak dan bisu dipenjara 14 bulan kerana miliki dadah

PULAU PINANG 10 Jun — Seorang lelaki pekak dan bisu dijatuhi hukuman penjara berjumlah 34 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat tuduhan termasuk memiliki dadah jenis heroin dan kanabis, April lepas.

Ramli Zainol, 30, dari Jalan Sungai, Georgetown yang bekerja sebagai pembantu restoran akan menjalani hukuman penjara selama 14 bulan iaitu tempoh hukuman yang paling panjang dikenakan kerana mahkamah menetapkan hukuman dijalankan serentak mulai tarikh dia ditangkap.

Majistret Noor Aini Yusof turut memerintahkan Ramli diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.Bagi pertuduhan pertama, Ramli didakwa memiliki 0.13 gram dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine pada kira-kira pukul 4.15 petang, 20 April lepas di bawah Blok B, Jalan Sungai di sini. - Bernama

Saturday, June 6, 2009

Sempena hari AIDS sedunia


HIV

HIV is a virus that attacks the body's immune system - the body's defence against diseases. The latest research suggests that between 70 and 90 per cent of people may experience symptoms of infection a few days after having been infected. Three symptoms occurring together: fever, rash and a severe sore throat should always be considered a potential indicator of HIV infection. These symptoms usually disappear within two or three weeks. Other people may not have symptoms to start with. In all cases, without effective treatment the immune system will eventually become very weak and no longer be able to fight off illnesses.

AIDS

Acquired immune deficiency syndrome or acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) is a disease of the human immune system caused by the human immunodeficiency virus (HIV).



JIka awak sedar tentang begitu, anda harus mencegah ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan anda daripada dijangkit AIDS atau HIV. Jadi kita boleh membantu mangsa-mangsa AIDS atau HIV kerana Allah Taala. KIta tidak akan berputus asa untuk membantu kawan-kawan kita yang berpenyakit di dunia.

SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA 2009
PADA 1 Disember 2009.

Thursday, June 4, 2009

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah dan Asrama di Malaysia!!

Aku terima amaran daripada pihak sekolah agar saya tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah dan asrama. Ada yang tidak dapat terima tapi terpaksa saja. Awak nak tahu mengapa begitu?

Ada sebab-sebab larangan penggunaan telefon bimbit:-

  • Ada masyarakat tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan penggunaan telefon bimbit. Contoh:-
Itulah menyedarkan kita tentang sikap remaja negara kita dan menjadikan iktibar kepada masyarakat dan sekolah kita tentang kesan penggunaan telefon bimbit. Pada satu hari nanti Allah akan melenyapkan seksaan kepada orang-orang yang melakukan dosa besar seperti itu. Tolonglah sedarlah!

  • Jejas pelajaran kita. Contohnya banyak sms seperti sms bual dan sms cinta serta games sepanjang harian tanpa buat kerja rumah atau sekolah merupakan satu pembaziran masa.
Ini membuktikan kita bakal akan menjadi penyakit akibat itu. Sedarlah!

Oleh hal itu menyebabkan pihak kementerian bercadang agar pihak sekolah di seluruh negara tidak akan membenarkan kita menggunakan telefon bimbit.


Monday, June 1, 2009

Kem Perdana 2009 di Gua Kelam

19 Mei hingga 21 Mei 2009

Kem ini sangat seronok dan banyak cabaran baru untuk kami. Kami telah mempelajari apa-apa yang fasilitor berikan atau nasihat.

Dalam gua, saya rasa dapat berpengalaman baru apabila mempelajari dan mencabar diri saya ketika masuk air di sana untuk belajar bagaimana menghadapi kesusahan itu sebagai persediaan menghadapi bencana.

Selain itu, kami dapat sedar tentang hari ibu amat penting kerana ibu lah pendorong dan juga orang yang melahirkan kita. Kita janganlah menderhaka ibu bapa kita. Ketika itu, saya hampir jatuh air mata apabila Cikgu Nazri menasihati kami tentang perkara itu. Dia berkata tak elok perbuatan derhaka atau menyakiti hati ibu bapa, nanti terkena buat dosa besar yang sukar diampunkan. Itulah perkara yang saya pernah dengar beberapa kali kerana saya pernah menghadiri motivasi beberapa kali sejak bersekolah rendah hingga kini. Oleh itu yang mendorong saya boleh membina motivasi dan disiplin diri saya sendiri dan juga kawan2.