Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 26, 2009

Seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran sudah berjaya memperolehi 6A 2B!!berjaya

Saya sudah bangga akan pencapaian keputusan PMR pada tahun ini. Melalui akhbar, saya sudah dapat tahu bahawa seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran yang bernama Hani Nadhrah telah berjaya memperolehi 6A 2B. Sebenarnya dia bukan bisu atau pekak malah dia merupakan orang normal yang tidak dapat mendengar melalui telinga kirinya dan hanya bergantung kepada telinga kanan selepas menjalani pembedahan menanam koklear. Dia juga belajar kat sekolah normal di Terengganu. Tahniah kepada anda, Hani.

Adik saya, Aliff yang berjaya memperolehi 5A 3B dalam keputusan PMR. Kami sekeluarga bangga dan bersyukur kepada Allah S.W.T.. Kita diingati jangan berlagak, nanti kena berlaku pada diri sendiri. Terima kasih.

Sumber maklumat daripada Harian Metro dan Sekolah FSD.

Keputusan PMR lebih maju pada tahun ini!!

25 Disember - Pada 24 Disember yang lalu, seramai 28,188 pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperolehi semua A bagi semua subjek berbanding 26,378 pada tahun lalu.

Keazaman untuk berjaya tidak menghalang pelajar orang kurang upaya (OKU) mencapai kejayaan dan terbukti apabila mereka yang mengalami masalah penglihatan turut tersenarai antara pelajar cemerlang PMR bagi tahun ini.

Bukan hanya disambut dengan senyuman dan tangisan kegembiraan oleh pelajar terbabit malah keputusan cemerlang dicapai turut dikongsi bersama rakan, guru serta ibu bapa masing-masing.

Thursday, December 24, 2009

Aku dah kembali menulis!!!!

Setelah berminggu-minggu, saya sudah bersedia untuk kembali menulis kepada anda semua.

Melalui ini, saya ingin meluahkan perasaan tentang dunia yang sedang 'berpanas' dan hampir tidak stabil. Hal ini menyedarkan saya tentang kepentingan alam sekitar adalah tugas kita yang diberikan Allah S.W.T untuk memulihara dan melindungi alam sekitar. Namun begitu, mengapa kita sengaja mengabaikan kepentingan alam sekitar.

Ada sebahagian daripada dunia yang berisytiharkan tidak dibenarkan menggunakan plastik sebagai langkah pencegahan bagi masalah kepupusan haiwan air dan juga alam sekitar. Saya mahu awak tengok gambar yang disediakan (Sumber maklumat daripada google).



Anda sudah fikir pasal itu? Itulah sikap manusia sendiri. Tolonglah selamatkan bumi dan haiwan kita. Jangan kita mengabaikan tanggungjawab kita untuk memelihara seluruh alam sekitar.

Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh serah plastik dan barang yang telah digunakan kepada Pusat Recycle Malaysia. Hal ini mengurangkan beban kita dengan menggunakan recycle. Ini lah kita boleh.