Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 21, 2008

Mesej Islam Dan Warga Pekak

MESEJ ISLAM DAN WARGA PEKAK
Islam tidak pernah memandang umatnya berbeza dari segi paras rupa atau fizikal. Islam memandang amal dan takwa serta menyanjung sifat Muslimin dan Muslimah yang sejati terutamanya dalam hal menuntut ilmu.
Tidak kira sama ada seseorang Muslim itu normal atau cacat, kesungguhan dalam mendalami Islam merupakan suatu tuntutan. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum, iaitu seorang yang cacat penglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang sibuk melayani para penguasa Quraisy dan mendakwah mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, baginda pun memalingkan muka baginda daripada beliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada para penguasa Quraisy tersebut.
Dengan kejadian itu, Allah s.w.t pun mewahyukan ayat 1-11, Surah Abasa yang bermaksud:“Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapati daripadamu)! ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi ( kepada ajaran al-Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (daripada keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).”Kisah di atas, walaupun menyebut tentang ‘orang buta’, ia merangkumi golongan kurang upaya yang lain yang seharusnya tidak ketinggalan dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan dakwah Islamiah.
Kesungguhan mereka yang mendapatkan ilmu agama dan juga keprihatinan guru yang mengajar membawa kepada keberlangsungan sesuatu ajaran itu masuk ke dalam jiwa orang yang menuntut ilmu.Berbalik kepada golongan pekak, mereka hanya bergantung kepada bahasa isyarat untuk memahami apa yang disampaikan oleh pendakwah. Alhamdulillah, media eletronik masa kini sudah mula menempatkan jurubahasa isyarat semasa khutbah Jumaat yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Medium yang digunapakai oleh warga pekak hanyalah yang berbentuk visual dengan jurubahasa isyarat di sampingnya.
Malangnya, kekurangan jurubahasa isyarat menjadi penyebab utama mesej dakwah itu sampai kepada warga pekak dengan cara yang tidak sempurna. Mereka masih memerlukan jurubahasa isyarat untuk menghayati ceramah-ceramah agama yang diadakan di masjid-masjid dan tempat-tempat tertentu. Mereka juga perlu memahami isi kandungan al-Quran yang menjadi pelengkap kepada Islam yang mereka sanjungi.
Selain itu, komunikasi berkesan juga amat diperlukan ketika mereka mahu menyuarakan pendapat dan persoalan tentang sesuatu perkara terutamanya apabila berurusan dengan jabatan agama atau institusi keagamaan yang ada.Berbicara soal urusan dengan jabatan agama Islam, warga pekak sering diketepikan atas alasan tiada komunikasi yang baik antara kakitangan sektor awam ini dengan warga pekak. Mana mungkin warga pekak dapat menyuarakan persoalan agama kepada kakitangan jabatan agama Islam dengan menggunakan kaedah isyarat tangan yang tidak difahami oleh kakitangan tersebut.
Bagaimana pula keadaan warga pekak yang berkeinginan menunaikan ibadah haji atau menunaikan umrah di Mekah? Bagaimana mungkin mereka dapat menjalani ibadah itu dengan sempurna tanpa jurubahasa isyarat membantu aktiviti keagamaan mereka di Tanah Suci itu.Masalah orang pekak dan aktiviti dakwah Islamiah pernah dikaji oleh seorang pensyarah dari Jabatan Dakwah dan Antropologi, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kampus KUSZA Gong Badak, melalui kajiannya, “Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) sebagai Wahana Dakwah: Kepentingannya Dalam penghayatan Agama Warga Pekak”.
Kajian beliau telah dibentangkan semasa Seminar MySL pada 23 hingga 25 Ogos 2007 di Johor Bahru. Melalui kajian itu, beliau mendedahkan bahawa warga pekak juga terlibat dengan beberapa kes keruntuhan akhlak, bermasalah dengan institusi keagamaan dan sukar mendekati dakwah Islamiah tanpa kemahiran berbahasa isyarat yang baik.

Tuesday, December 16, 2008

Kuala Lumpur










Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi Malaysia. Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia.

Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL. Dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Friday, December 12, 2008

Saya sentiasa bermimpi Kota Suci

Saya selalu rindu Kota Suci kerana ia menyedarkan saya boleh dekatNya di syurga nanti. Tapi saya tahu susahnya ini. Saya mesti berusaha untuk meneruskan iman saya terhadapNya tanpa ancaman.

Kota Suci adalah tempat tanah suci di Arab Saudi. Saya mula suka ia apabila mak saya bercerita tentangnya kepada saya. Saya pun berminat nak menjejaki kaki ke tanah suci bila-bila masa. Insyaallah Allah s.w.t. mengetahui.

Saya takut jika saya hilang pahala selagi saya buat tidak baik, saya akan dimasukkan ke neraka. Itulah menakutkan dan menghantui saya jadi saya selalu berdoa kepadaNya untuk minta ampun kepadaNya. Itulah saya selalu berdoa pada setiap hari. Doa saya akan termakbul. Oleh itu, ia menyedarkan hati saya jadi baik dan terus mencari rezeki dan keimanan yang Allah s.w.t mahu kerana saya ingat surah itu berkata,"Jika ada rezeki baik di dunia, simpanlah bekalan rezeki dan pahala untuk hari akhirat". Ia selalu mengingatkan saya. Hebatnya agama kita (Islam). Jadi saya tetap berpegang agama saya walaupun saya x pernah meninggalkan agama saya.

Saya berharap kawan2 dan keluarga saya akan menyokong saya pada suatu hari nanti.

Elak diri daripada Dadah, Penganas dan Penjahat

Awas!! Dadah membawa virus dan maut kepada kita! Berhati-hati dan jaga ahli-ahli keluarga anda yang anda sayangi.

Saya kecewa akan pemuda-pemudi negara kita kerana anda bayanglah mereka akan musnahkan masa depan mereka masing2 dan tiada orang menggantikan orang-orang tokoh yang terkenal di negara kita. Saya selalu berdoa kepada Allah s.w.t..

Bermula dari cerita adik saya, saya amat penuh hairan akan perbuatan mereka. Saya faham kenapa mereka begitu. Anda tahukan apa punca utama? Fikirlah masa depan keluargamu dulu. Apa yang punca utama menyebabkan mereka begitu ialah masalah keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Percayalah saya.

Marilah saya beri reason kepada anda. Saya sudah buat kajian tentang punca itu. Saya didapati tahu apa yang saya kajikan ialah pada mulanya rakan-rakan sebaya ajak mangsa ke tempat yang mereka mahu. Kemudian mereka paksa mangsa guna dadah yang mangsa x mahu secara tiba2. Akhirnya mangsa yang bernama A itu jadi ahli dalam kumpulan mereka apabila fikiran mangsa jadi tidak tentu arah. Selepas beberapa hari kemudian, A mula menyeksa atau mendera ibunya supaya ibunya beri wang kepada A walaupun ibunya tidak mahu. Anda tahu tak? A sudah bersikap ganas sangat seperti kejam kerana dadah. Itulah saya tahu. Bahayanya.

Saya terkejut apabila mengetahui jumlah tahun ini semakin meningkat lagi berbanding tahun sebelumnya. Adakala masuk penjara beberapa kali. Adakala menyembunyikan diri daripada diburu polis. Geramnya. Apa salah rakan sebaya anda? Kerana merekalah mata duit! Contohnya A mahu dadah tapi malangnya rakan sebaya itu minta dia (A) bayar mahal kepada mereka sebelum dia diberi dadah. Sebenarnya saya bukan benci mereka atau A tetapi sangat kasihan pada mereka kerana mereka hilang ganjaran pahala dan bakal masuk ke neraka tidak lama walaupun mereka tidak sedar mereka sedang dilihat oleh Allah s.w.t.

Akhirnya, saya selalu menyedarkan kawan-kawan saya bahawa dadah tu bahaya, jangan anda cuba gunanya tu. Jika tak, anda akan hilang kawalan dan terus lupa diri anda dan keluarga anda,ya.

Ingatlah Allah S.W.T.

Thursday, December 11, 2008

Selamat Hari Raya Haji & Korban 1429H & Tahun 2008

Para pembaca,

Saya penulis ini ingin berucap selamat hari raya haji kepada warga Muslim kita di dunia kita. Saya minta maaf dgn ikhlas jika berbuat tidak elok terhadap anda.
Apabila hari raya telah tiba, ia selalu buat saya sedar betapa kita mesti berkorban kehidupan kita termasuk nyawa dan diri kita walau apa saja. Misalnya saya mampu berkorban diri dan keluargaku untuk memperjuangkan agama dan masa depan kita tanpa ancaman musuh. Dan juga berkorban untuk Allah s.w.t. Namun begitu, saya selalu berdoa kepadaNya betapa saya mampu menjejaki kaki ke tanah suci nanti adalah impian tunggalku.

Saya berharap agar kita boleh bersama-sama untuk mengerjakan umrah & haji di sana. Ia sangat indah dan tenang untuk Muslim. HanyaNya boleh mengampuni dosa-dosa kita. Terima kasih.