Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 9, 2008

Tingkatan Enam di SMPKP kini dibuka pada 14 Julai ini

Saya baru terima surat tawaran ke tingkatan enam. Saya bergembira kerana saya akan belajar semula selepas duduk lama di rumah sepanjang bercuti. Cuti aku akan habis apabila saya akan pergi ke Pulau Pinang.


Selain itu saya tidak akan menulis blog lagi hingga cuti sekolah saya akan kembali menulis blog. Terima kasih...


Preview:-


Tuesday, July 8, 2008

Berita baik!!! Ramalan SPM bahasa inggeris 2008

Saya baru dapat tahu apabila saya membaca buku Fokus SPM 2008.

Ramalan SPM bahasa Inggeris Tahun 2008(Short story):

  • The Necklace
  • The Sound Mechine
  • Looking for a Rain God

Akhir sekali saya berharap perkara pasti bukan bocor. Hanya dapat tahu daripada Fokus SPM keluaran Julai 2008. Semoga berjaya.

Mengapa pelajar yang tidak bermasalah tidak berjaya?

Kadang-kadang apabila dilihat, ramai juga pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah peribadi atau keluarga tetapi masih gagal dalam pelajaran mereka. Apakah faktor sebenar perkara ini berlaku dan apa silapnya? Adakah kerana kesenangan dan kemudahan yang dimiliki menyebabkan mereka lalai dan alpha atau kerana mereka terlalu manja dan tidak pernah mengenal erti kepayahan?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar yang tiada bermasalah tidak berjaya dalam pelajaran mereka iaitu


  • Ambil Mudah Dalam Kehidupan

Dalam belajar seseorang itu perlu mempunyai minat dan dalam masa yang sama mempunyai sasaran terhadap masa depan yang muncul dengan sendirinya. Namun, kebiasaannya pelajar yang kehidupannya tidak mempunyai masalah ini, lebih suka ambil mudah terhadap sesuatu perkara terutamanya pelajaran. Bagi mereka, mereka tidak perlu bersusah payah kerana kehidupan yang mereka miliki kini sudah cukup sempurna dan senang. Dari situ, mereka tidak mempunyai matlamat dan hanya berfikiran bahawa masa depan mereka tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa dan mereka akan mewarisi segala yang ibu bapa mereka miliki kini. Oleh sebab itu, mereka lebih suka belajar secara sambil lewa tanpa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.

  • Unsur-unsur luar

Zaman kini ialah zaman yang serba-serbi canggih. Segala maklumat berada di hujung jari dan tidak kurang juga dengan pendedahan hiburan. Oleh itu, tumpuan pelajaran terhadap pelajaran akan tersasar dan terganggu apabila segala kemudahan itu terlalu mudah diperoleh dan ada di depan mata mereka.

  • Tidak kesedaran ibu bapa

Ibu bapa sebenarnya perlu lebih tumpuan kepada anak-anak yang hidup dalam kehidupan yang agak "mewah" ini kerana anak-anak dalam golongan ini lebih mudah terdedah kepada anasir-anasir yang kurang sihat. Mungkin anak-anak ini kurang berjaya kerana kurangnya motivasi dan tiada pemupukan semangat untuk belajar daripada ibu bapa.

  • Kawan-kawan yang tidak dapat membantu

Bukan semua kawan di sekeliling pelajar ialah kawan-kawan yang dapat membantu untuk berjaya. Jika kawan itu membawa kepada sikap malas untuk belajar, pasti pelajar itu sendiri juga akan malas belajar. Jadi ibu bapa juga berperanan memantau setiap kawan anak-anak mereka.

  • Kurang Didikan Agama

Didikan agama yang cukup adalah salah satu faktor kejayaan pelajar. Jika didikan agama tidak diterapkan dalam diri anak-anak oleh ibu bapa, dengan mudah anak-anak terpesong daripada landasan mereka. Contohnya, jika anak-anak yang telah diterapkan didikan agama yang betul, pasti sukar untuk mereka menipu ibu bapa mereka. Mereka memberitahu ibu bapa bahawa ingin pergi ke kelas tambahan dan pasti berasa takut untuk melencong dari tujuan asal. Keadaan sebaliknya berlaku kepada anak-anak yang kurang didikan agamanya.

  • Peranan Guru

Guru bertanggungjawab untuk mendidik dan memastikan pelajar berjaya. Jadi guru perlu bijak untuk menarik perhatian pelajar agar pelajar berminat untuk belajar. Sememangnya guru perlu menjadi seorang yang disukai pelajar kerana itu salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap apa-apa yang diajar.

  • Tidak merasai hidup susah

Pelajar yang tidak mempunyai masalah dalam kehidupan mereka tidak pernah merasai kesusahan hidup. Oleh sebab itu mereka tidak tahu betapa pentingnya kejayaan dalam pelajaran kerana beranggapan mereka akan terus hidup dalam kesenangan.

Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting dalam meniup semangat untuk belajar dalam diri anak-anak dan menasihatkan kepada pelajar bahawa hanya pelajar itu sendiri yang mampu membina kehidupan mereka sendiri.

Wednesday, July 2, 2008

Soalan: Bagaimanakah kita mampu menangani masalah kenaikan minyak?

Soalan: Bagaimanakah kita mampu menangani masalah kenaikan harga minyak?
Jawapan:

  1. Kita mampu menggunakan solar supaya solar boleh menerima "elektrik" dari Matahari supaya boleh menggerakkan atau menghidupkan elektrik rumah atau kendera kita.
  2. Kita juga menggunakan gas asli dalam kereta kita kerana kita menguji "sistem" keretapi tanpa kawalan jauh (alat elektrik).
  3. Kita kena menjimatkan minyak dalam botol atau botol besar supaya mudah menggunakannya bagi mengelakkan daripada kenaikan harga minyak atau membazir duit.
  4. Kita mesti berganding bahu untuk menjaga minyak supaya menjimat minyak daripada digali.
  5. Kita perlu berbincang secara berdamai untuk mengimport atau mengeksport ke negara lain yang diperlukan.

Hal ini menghasilkan berita hangat kepada seluruh dunia. Itulah tajuk karangan PMR dan SPM mungkin akan dikeluarkan. Nescaya tidak nescaya...:D Selamat mencuba.

Tingkatan Enam kini dibuka!!

Semalam saya terima berita daripada mak saya. Bapa saya juga dipanggilkan melalui telefon. Khabarnya pihak sekolah SMPKP ingin menawarkan tingkatan enam kepada saya. Saya terkejut dan tidak sangka. Kawan saya, Eileen yang sama. Kami asyik berfikir pasal tawaran itu.

Malahan masa kini sudah lewat kerana biasanya orang normal masuk tingkatan enam pada bulan mei atau jun. Tapi entahlah. Jadilah saya kena berbincang dengan guru saya yang saya percaya. Kami selalu berbincang pasal tawaran itu. Akhirnya saya terima tawaran sementara saya masih menunggu tawaran politeknik (ambil diploma) dan juga keputusan SPM ulangan BM pada bulan September atau Oktober ini.

Untuk pengetahuan anda, STPM lebih susah daripada UPSR, PMR dan SPM sekali tetapi ada sesetengah telah berjaya mengatasi peperiksaan STPM melalui usaha gigih. Saya baru tahu mereka selalu berusaha mencari ilmu yang banyak2, bukan ambil mudah. Hebatnya. Di samping itu, ada separuh daripada ramai itu telah berhenti tingkatan 6 kerana mereka baru terima tawaran IPTA atau lain2. Itulah saya hanya tahu daripada guru saya. Guru saya pernah sekali.

Selain itu saya rasa boleh membantu kawan-kawan saya menyelesaikan masalah pelajaran dalam PMR dan SPM kerana saya suka bersikap berganding bahu dan bagai aur dengan tebing sejak kecil hingga kini. Saya berharap agar saya akan terima tawaran yang terbaik selain tawaran tingkatan 6. Saya berucap terima kasih kepada pihak sekolah ini. Ini berita baik untuk warga sekolah SMPKP