Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 29, 2008

keruntuhan akhlak

Tahukah anda pasal keruntuhan akhlak dalam masa terkini? Sukarnya anda mempercayainya? Marilah kita mengetahui bahawa keruntuhan akhlak.



Keruntuhan akhlak ini berpunca daripada mempengaruhi budaya barat. Keruntuhan akhlak ini sering dilakukan oleh golongan remaja hari ini. Keruntuhan akhlak menyebabkan golongan remaja sengaja hilang maruah keluarga masing-masing.



Faktor-faktor keruntuhan akhlak ialah




  • mempengaruhi media messa.

  • meniru budaya barat. contohnya cinta.

  • bergaul dengan orang yang bersikap negatif.

  • tidak dapat berkomunikasi dengan orang tuanya.

  • dipaksa melakukan benda yang tidak baik.

  • ingin membebaskan daripada agama.

  • masalah tekanan akibat didera dan dicabul kehormatan oleh bapa atau bapa tiri atau lain-lain.

  • ditinggalkan kesan negatif oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
  • ibu bapa tidak menumpu perhatian terhadap anak-anak sementara ibu bapa masih bekerja.
  • kedatangan orang asing mendorong remaja ikut budaya barat.

Langkag-langkah untuk menangani masalah tersebut:-

  • Usaha pihak kerajaan menyedarkan ibu bapa dan sekolah bahawa remaja lah pemimpin masa depan.
  • Ibu bapa dinasihatkan untuk menumpu perhatian terhadap pergerakan anak-anak.
  • Ibu bapa juga ambil risiko untuk menyelesaikan masalah dengan anak-anak.
  • Ibu bapa mesti ada masa lapang bersama-sama anak-anak pada 2 kali setiap minggu.
  • Ibu bapa mesti mengetahui masalah anak-anak kerana anak-anak biasanya memerlukan bantuan ibu bapa sebagai tanda kasih sayang.
  • Pihak sekolah juga turut membantu golongan remaja. Contohnya sekolah mengadakan kem pemulihan untuk pelajar yang bermasalah.
  • Pihak sekolah memberi didikan agama untuk menyedarkan dan menegurkan golongan remaja supaya mengelakkan diri mereka daripada keruntuhan akhlak dan juga tabiat buruk.
  • Masyarakat juga bertanggungjawab bersama-sama pihak kerajaan untuk memberi ceramah agama kepada golongan remaja yang melibatkan kes itu.
  • Masyarakat mengadakan aktiviti bergotong royang dan majlis lain2 untuk seluruh perkampungan sebagai peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk menjalinkan hubungan antara mereka.

Oleh itu saya berharap anda mesti buat karangan terbaik. Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Pemanasan Global

Kesan-kesan akibat pemanasan global:-

  • secara langsung bencana alam seperti kemarau, hujan berlebihan, banjir dan paras laut meningkat setahun iaitu tiga sentimeter menyebabkan banyak pesisiran pantai dan delta akan hilang.
  • kejadian taufan pula misalnya menyebabkan hasil tanaman musnah dan pengeluarannya berkurangan akibat cuaca tidak menentu.
  • hasil pertanian sukar dijangka.
  • kos meningkat termasuk kos pengangkutan. contohnya kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga.
  • sumber tenaga boleh terjejas.
  • kekurangan makanan dan masalah kebuluran.
  • penggangguran dan krisis poitik.
  • rakyat dunia kita tidak mempedulikan tentang menjaga alam sekitar dan kitar semula.
  • mengikut cuaca yang tidak tentu.
  • Gas karbon dioksida merupakan gas yang terpenting dan ia adalah punca ia bertambah akibat penggunaa bahan bakar fosil.
  • Gas ini digelarkan sebagai gas rumah hijau kerana gas rumah hijau disebabkan oleh penggunaan tenaga fosil seperti dalam sistem pengangkutan, industri, kawasan bandar serta pembakaran terbuka.
  • kebakaran hutan juga menyebabkan cuaca semakin panas.
  • menjejaskan kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber air, pinggir laut, menjejaskan habitat dan mengganggu ekosistem.
  • pencairan glasier dan peningkatan air laut menyebabkan pencerobohan air masin dan memberikan kesan kepada pinggir laut seperti habitat da hakisan. Ini akan menjejaskan bekalan air, kuantiti yang mempengaruhi penggunaan domestik.
  • mengancam manusia terutama warga emas dan kanak-kanak dalam tempoh terdekat daripada segi sistem ekonomi dan kesihatan.

langkah-langkah mengatasi masalah pemanasan global ialah:-

  • menurunkan penggunaan kenderaan persendirian dengan galakkan penggunaan kenderaan awam.
  • mempergiatkan penyelidikan penggunaan tenaga bersih dan pembangunan mekanisme seperti biofuel dan nuklear.
  • dengan mencari sumber tenaga mesra ala seperti solar,biofuel dan nuklear.
  • memahami fenomena bumi.
  • bidang penyelidikan alam sekitar yang membantu dalam menangani isu yang mengancam alam sekitar dan alam semulajadi.
  • memberi pelbagai kempen untuk menyedarkan rakyat dunia kita supaya kita bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar dan alam semulajadi daripada ancaman pemanasan global dan menjadi sikap "tak apa" dan "tak kisah" tentang cuaca.

Wednesday, June 25, 2008

Soalan SPM Ulangan Bahasa Malaysia 2008









Panduan Peperiksaan Bahasa Melayu SPM

Encik dan Cik, buku ini mempunyai latihan-latihan yang berbentuk soalan peperiksaan. Buku ini ditulis berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Di samping itu, Nota yang diberikan adalah komprehensif, padat dan disusun secara sistematik.

Buku-buku ini diharapkan dapat membantu para pelajar menguasai pelajaran dan menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan. Jika anda ingin membeli buku ini, saya minta anda harus berfikir sebelum membeli apa-apa. Jika anda beli buku ini tanpa berfikir, bagaimana anda tidak berminat belajar sedangkan anda suka bersia-sia?


Sebelum saya mengakhiri berucap ini, saya ada beberapa gambar lain yang anda belum pernah tengok. Marilah kita tengok di bawah.


Tuesday, June 24, 2008

Kenangan Manis Sewaktu hari SPM Ulangan

Detik 24 Jun 2008 merupakan hari istimewa untuk saya. Hari itu hari peperiksaan SPM ulangan pada tahun ini. Mari saya bercerita tentang pengalaman saya kat sana.

9.47 am - Saya mengikut mak saya mencari tempat peperiksaan iaitu sekolah adik saya. Sambil berjalan kaki, saya berangkat muka ke arah tingkat atas blok lalu melihat banyak orang normal termasuk dewasa sekali. Itulah saya tidak sangka. Bila sampai di tingkat atas blok itu, mak saya berbincang dengan para pengawas terutama ketua pengawas sekali. Mereka berpaling muka ke arah saya. Saya asyik malu sikit seperti kucing.=D Selepas itu saya mencari nombor meja saya hingga menemuinya. Tempat kedudukan saya berhampiran pintu keempat dalam bilik dewan.



10.10 am - Sebelum peperiksaan bermula, saya mencuri tengok-tengok lalu berpusing sekeliling bilik tersebut. Apa yang saya tengok ialah ada dewasa, wanita mengandung, wanita menutup aurat dan remaja-remaja juga. Itulah waktu kali pertama saya.



12.58 pm - Bila peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu telah ditamatkan, saya balik sekejap lalu berjalan kaki ke arah sekolah rendah yang berhampiran sekolah adik saya tadi. Nampaknya adik saya tiada di sana kerana saya diberitahu bahawa dia ada kelas fardu ain. Jadi saya menunggu hingga kemunculan mak saya. Mak saya bawa saya ke tempat kerja mak saya. Ia berada dekat sekolai itu.

1.55 pm - Mak saya hantar saya ke sekolah semula untuk berterus menduduki peperiksaan. Sebelum peperiksaan BM Kertas 2 bermula, ada orang perempuan dekat saya lalu bertanya, "bolehkah saya tgk buku awak sikit?" Saya malu sekali kerana saya tidak boleh bercakap jadi saya balas dengannya lalu saya tunjuk isyarat yang bertanya saya tidak dengar. Perempuan itu terkejut sikit tapi saya rela beri buku katnya. Dia memberi senyuman kepada saya. Beberapa saat kemudian, para pengawas memanggil kami untuk memasuki bilik dewan semula sebelum peperiksaan bermula.

2.36 pm - Saya boleh dengar bunyi telefon orang lain lalu berpaling muka sekeliling bilik dewan itu. Saya ingat telefon bimbit saya disimpan dalam beg saya di luar bilik dewan. Apabila saya berpaling muka dari hadapan ke kanan lalu saya nampak sesuatu, saya dapat tahu ada orang yang bersembunyi telefon bimbit yang berkata, "Tunggu akulah. Aku sedang menduduki ujian. Aku mau off. bye!" lalu tutup telefonnya supaya mengelakkan ia daripada pengetahuan para pengawas. Lelaki itu dekat saya. Kedudukannya di sebelah kanan saya. Saya berangkat muka dari kiri ke kanan.

4.25 pm - Seorang daripada para pengawas beritahu saya masa hampir tamat. Saya berusaha supaya melaksanakan jawapan. Tapi tidak jadi kerana saya hampir laksana jawapan itu. Tak apa. Hal ini kerana para pengawas tidak beri masa tambahan kepada saya.

4.42 pm - Peperiksaan dah tamat. Ketua pengawas meminta kami bersih meja serta ambil slip BM yang diletakkan atas meja tadi kerana hari berikut ada peperiksaan matematik,ya.

4.47 pm - Semasa saya menuruni anak tangga, saya sms kat mak saya tapi dia x jawab. Itulah saya risau. Jadi saya ingat pesan mak saya yang minta saya tunggu di pintu utama sekolah itu. Apabila saya keluar dari sekolah itu, mak saya berlambai tangan lalu saya pergi ke arah mak saya. Mak saya terkejut kerana mak saya ingat biasanya para pengawas memberi masa tambahan kepada saya yang istimewa. Tapi mak saya rasa tidak adil. Saya terus ketawa lalu bercerita kat mak saya bahawa para pengawas tidak mahu menunggu saya hingga masa tambahan tamat jadi mereka bercadang saya mesti menghabiskan masa bersama-sama dengan ramai orang itu. Mak saya berkata tidak apa.

5.13 pm - Kami pergi ke kedai yang mak ingin beli. Saya x kisah. hhehe..

Saya berharap kamu mesti berancang dengan bijaksana sekali supaya menjimatkan masa awak. Jangan membazirkan masa kamu,ya.. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang,ya.

Monday, June 23, 2008

Aku sedang relaks sebelum menghadapi ujian SPM Ulangan pada hari Selasa ini.



Detik 21 Jun 2008 merupakan hari kami pergi ke k.terengganu untuk mengambil adik saya balik rumah dari MRSM K.Terengganu. Semasa perjalanan ke Kelantan, kami juga nak bersinggah di luar pantai K.Terengganu kerana kami rehat sebentar sebelum kereta kami bertolak semula,ya. Walau bagaimanapun, di sana pun saya ingin buat relaks supaya otak saya lebih rehat daripada sibuk-sibuk kerja. =D

Jika saya tidak berehat sehari, saya rasa pasti otak saya akan lebih memenat. Saya berseronok apabila kembali ke pantai yang saya lama ingin kerana beberapa bulan saya tidak dapat pergi tengok luar pantai kerana saya sering duduk di rumah sahaja. Nescaya saya sering mengingati Allah Maha Pencipta kerana saya sangat bersyukur betapa Allah yang menciptakan kita dan juga seluruh dunia. Di situlah kita mencari sumber rezeki, menuntut ilmu, memahami erti kehidupan alam sekitar dan sebagainya. Meskipun saya tidak berbuat apa-apa selain bersyukur kepada Allah Maha Esa.

Tuntasnya, kita juga harus melakukan sesuatu sebelum terlambat. Misalnya kita melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk golongan muda termasuk kanak-kanak khususnya sedangkan cuti sekolah atau lain-lain. Hal ini sebegini menggalakkan kita mendapat banyak membaca supaya kita merealisasikan pelbagai idea-idea yang kreatif dan menarik. Inilah perkara yang menyebabkan kita sedang menuntut ilmu hingga hari akhirat.

Rentetan itu, kita juga perlu berehat diri dan minda juga kita supaya otak dan tubuh boleh bersimpan tenaga sebelum memulakan menduduki peperiksaan SPM Ulangan pada hari Selasa ini (24 JUn). Kita juga banyak bertenang dan berelaks sememangnya khususnya berehat juga. Sekian, terima kasih.

Sunday, June 22, 2008

Ruang Soalan/Cadangan/Maklumat di sini

UNTUK Pelajar Pekak dan Guru Pedidikan Khas,

Anda boleh membuat cadangan, soalan, dan lain2 di sini untuk membantu pelajar2 pekak berusaha belajar untuk menghadapi peperiksaan yang penting. Jika anda ingin membuat post baru sendiri, boleh buat apa-apa sebagai maklumat yang penting untuk mereka.

Wahai kalian,

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri membuka blog khas untuk pelajar dan guru2 di sini kerana banyak pelajar2 bersusah payah mencari maklumat hingga tidak dapat menemui tajuk yang berkaitan dengan soalan itu atau kerja sekolahnya. Oleh itu, saya yang membuat blog ini supaya blog ini sebagai kemudahan ini digunakan untuk memberi sokongan, cadangan, idea dan lain2. Saya juga berharap agar para pelajar dan guru sangat menghargai ini. Sekian terima kasih.

Selamat Datang Ke Laman Blog ini

Encik dan Cik,

Saya Siti Aira Sharina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan dari Pulau Pinang.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda kerana saya ingin mendorong anda untuk mengejarkan kejayaan anda. Untuk pengetahuan anda, saya telah mengetahui bahawa banyak orang pelajar pekak lepasan SPM, SKM, sijil Politeknik dan juga Diploma tidak berjaya masuk ke IPTA/IPTS. Jadilah saya bercadang membuat blog khas untuk pelajar pekak supaya pelajar pekak boleh bertanya soalan kepada saya dan lain2.
Sekian terima kasih.