Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 12, 2008

Elak diri daripada Dadah, Penganas dan Penjahat

Awas!! Dadah membawa virus dan maut kepada kita! Berhati-hati dan jaga ahli-ahli keluarga anda yang anda sayangi.

Saya kecewa akan pemuda-pemudi negara kita kerana anda bayanglah mereka akan musnahkan masa depan mereka masing2 dan tiada orang menggantikan orang-orang tokoh yang terkenal di negara kita. Saya selalu berdoa kepada Allah s.w.t..

Bermula dari cerita adik saya, saya amat penuh hairan akan perbuatan mereka. Saya faham kenapa mereka begitu. Anda tahukan apa punca utama? Fikirlah masa depan keluargamu dulu. Apa yang punca utama menyebabkan mereka begitu ialah masalah keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Percayalah saya.

Marilah saya beri reason kepada anda. Saya sudah buat kajian tentang punca itu. Saya didapati tahu apa yang saya kajikan ialah pada mulanya rakan-rakan sebaya ajak mangsa ke tempat yang mereka mahu. Kemudian mereka paksa mangsa guna dadah yang mangsa x mahu secara tiba2. Akhirnya mangsa yang bernama A itu jadi ahli dalam kumpulan mereka apabila fikiran mangsa jadi tidak tentu arah. Selepas beberapa hari kemudian, A mula menyeksa atau mendera ibunya supaya ibunya beri wang kepada A walaupun ibunya tidak mahu. Anda tahu tak? A sudah bersikap ganas sangat seperti kejam kerana dadah. Itulah saya tahu. Bahayanya.

Saya terkejut apabila mengetahui jumlah tahun ini semakin meningkat lagi berbanding tahun sebelumnya. Adakala masuk penjara beberapa kali. Adakala menyembunyikan diri daripada diburu polis. Geramnya. Apa salah rakan sebaya anda? Kerana merekalah mata duit! Contohnya A mahu dadah tapi malangnya rakan sebaya itu minta dia (A) bayar mahal kepada mereka sebelum dia diberi dadah. Sebenarnya saya bukan benci mereka atau A tetapi sangat kasihan pada mereka kerana mereka hilang ganjaran pahala dan bakal masuk ke neraka tidak lama walaupun mereka tidak sedar mereka sedang dilihat oleh Allah s.w.t.

Akhirnya, saya selalu menyedarkan kawan-kawan saya bahawa dadah tu bahaya, jangan anda cuba gunanya tu. Jika tak, anda akan hilang kawalan dan terus lupa diri anda dan keluarga anda,ya.

Ingatlah Allah S.W.T.

No comments: