Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 17, 2008

Revenge(Rubik) Cube - ( Kiub Rubik) : Ia membantu anda berteka hingga berjaya!


Semasa bercuti sekolah telah bermula, adik saya telah beli ia sebuah buah kuib rubik. Itulah saya ingat ia sejak kecil. Saya suka ia tapi susah selesai segala-gala.

Namun begitu, saya pernah berjaya 3X3 warna saja bukan segala-gala. :D Saya sudah tahu selepas dimaklumkan adik saya. Adik saya kata jika anda berjaya selesaikan masalah itu, maksudnya anda pintar. Jika tidak, anda tahu sendiri. Saya bukan pandai selesai.haha...

Adik-beradik saya cuba selesai segala-gala hari ini. Ia buat kita berseronok. Minda kami juga seronok. Anda tahu ia bukan mudah selesai tapi awak perlu fikir bagaimana selesaikan masalah tu. Ingatlah ia sebagai suatu cabaran anda! Selesaikannya masalah bila menghadapi cabaran tu! Semoga berjaya..

Saturday, November 15, 2008

Awas!! Permainan Video membawa kesan-kesan negatif.




Kes Berkaitan Permainan Video

Kes 1


SEORANG lelaki sanggup ‘putus saudara’ untuk dua jam dengan dua anak saudaranya yang di bawah umur semata-mata tidak mahu disalahkan kerana membawa mereka ke pusat permainan video hingga lewat pagi di Klang.

Bapa saudara tidak bertanggungjawab itu turut membiarkan anak saudaranya, masing-masing berusia 11 dan 14 tahun, disoal penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang melakukan operasi di pusat itu manakala dia meneruskan permainan video.

Kanak-kanak berkenaan pula walaupun hanya ditanya butiran diri dan mengapa ke sana bermain permainan video hingga lewat pagi, mula hendak menangis dan kerap mengalihkan pandangan pada bapa saudaranya yang langsung tidak mengendahkannya.

Penguat kuasa MPK yang mula syak dengan perkara itu terus bertanyakan dengan siapa mereka datang ke sana sebelum kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengatakan datang bersama bapa saudara mereka.



Kes 2

PENJUALAN permainan video yang didakwa menjadi punca terbunuhnya seorang remaja Britain laris selepas pembeli cuba mendapatkannya sebelum pihak berkuasa mengharamkannya.

Publisiti meluas mengenai permainan yang diberi nama ‘Manhunt’ itu menyebabkan pengguna tidak melepaskan peluang membelinya di kedai.

Dilaporkan pembunuhan Stefan Pakeerah, 14, didakwa dibunuh temannya, Warren Leblanc, 17, yang ketagih dengan

permainan itu di London.



Kes 3

SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas. Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup di atas kerusi rodanya.

Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.

Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam tempoh lima tahun lalu.

Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya dilakukan remaja.

Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti video yang dipanggil ‘Bumfight’ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah diserang, didera dan dicaci.



Kes 4

ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah ladang, menyaman pembuat

permainan video ‘Grand Theft Auto: Vice City’ pada 2006 di Albuquerque, New Mexico.

Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain permainan video ganas.

Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan beberapa bulan sebelum membunuh bapa,

ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.

Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21 tahun.



Kes 5

PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga ‘terlupa’ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.

Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.

Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.

Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan siri fantasi Dungeons & Dragons.

Calon OKU tekad capai kecemerlangan


JOHOR BAHRU 11 Nov. - Lima calon orang kurang upaya (OKU) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, bermula hari ini, bertekad memperoleh kejayaan cemerlang.

Tiga daripada mereka mengalami cacat penglihatan, manakala dua lagi rabun.

Biarpun mengakui kekurangan diri, mereka seperti calon-calon normal yang lain turut berhasrat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan selama ini.

Seorang calon yang cacat penglihatan, Mohd. Nazri Yacob, 18, berkata, dia sering berdoa semoga dorongan dan sokongan keluarga, guru-guru serta usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil yang terbaik.

Menurutnya, kejayaan yang diimpikan itu kelak akan digunakan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang peguam.

"Semoga doa saya dimakbulkan. Peperiksaan hari ini merupakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita berkenaan," katanya yang mengalami cacat penglihatan ketika berusia lima tahun akibat pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak.

Mohd. Nazri berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk mengulang kaji pelajaran kerana sudah biasa menggunakan sistem braille, malah dia akan mengulang kaji selama empat jam sehari.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu lebih selesa mengulang kaji bersendirian kerana baginya adalah mudah merangka jadual sendiri.

Bagi N. Tanamala, 18, yang mengalami rabun tahap B2, dia menghadapi masalah ketika belajar di dalam kelas kerana tidak begitu nampak apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.

Bagaimanapun, atas bantuan rakan-rakan, dia berjaya memahami apa yang diajar selain mengulang kaji pada waktu malam.

"Dalam banyak-banyak subjek, saya paling suka Sejarah biarpun ia sedikit susah," katanya yang berhasrat menjadi guru Sejarah suatu hari nanti.

Kelima-lima sahabat ini merupakan antara 229 calon yang menduduki SPM di sekolah berkenaan pada tahun ini.

Pelajar Melayu di sekolah Cina berjaya 6A dalam keputusan UPSR 2008...Suatu hebat!!!


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Walaupun belajar di sekolah aliran Cina tetapi ia tidak menghalang Julian Juani Ayasy Mohd, Salehhuddin menempa kejayaan cemerlang dengan memperoleh 6A dan 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Desa Jaya 1, Gombak itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) dan penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina (penulisan) dan PEKA (Penaksiran Kerja Amali Sains).

Penulis Blog ini sudah kembali!!!

Para pembaca,

Saya minta maaf kerana membuat anda tunggu selama-lama. Semasa hari itu, saya pun berada di sekolah hingga tidak ada masa nak menulis blog..:D

Saya sudah bersedia untuk mengubahsuai blog baru. Saya akan menulis blog ini sebaik saya dapat idea yang baik. TQ..