Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 25, 2011

Keluarga saudara saya telah datang ke rumah penulis

Ketika petang hari ini, saya baru menerima sms daripada mama yang berkata, "Ok. Pak Kiri sudah sampai kat rumah kita." Ia membuat saya terkejut. Lalu saya berjalan kaki ke sana dari bank BSN, tidak sempat membeli lauk yang diperlukan. T,T


Sebaik sampai di rumah, saya terus bersalaman dengan pakcik saya dan isterinya. Selepas itu, saya gembira bila melihat sepupu-sepupu lekaki saya ada kat sana. Nampaknya mereka comel.. hehe ~~


Saya berdoa agar kami sekeluarga dan keluarga pakcik saya bakal akan bersatu dengan keluarga saudara-saudara saya dalam perjumpaan hari keluarga ibu saya pada minggu cuti sekolah ini.. Yahooo... Terima kasih kepadaNya. Amin.

Tuesday, May 24, 2011

Cadangan saya ialah....

CaDangaN saYa iaLaH

a) meMbuAt RanCanGaN tV, seLamAt PaGi DeaF MalaYsia...

b) KonGsi peNgaLamaN kiTa tenTanG ReSiPi, perKahWinaN, maSa dEpaN daN laiN2 ~~

c) meNgAdaKaN kaUnseLiNg uTk waRga PekaK maLaySia ^-^ V

Dengan di atas adalah cadangan saya tetapi belum 'disahkan' kerana saya sedang mengumpulkan pendapat daripada anda semua. =) Saya berharap agar blog ini akan disambutkan dengan baik.
^-^ V

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Saya dan keluarga kini terkejut bila mendapat berita tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim. Ini membuat kami bersimpati pada mereka. Saya turut bersedih kerana ada sesetengah daripada mereka adalah anak yatim yang juga berkorban. Saya terpilu dengan pemergian mereka. Tetapi Allah Maha Esa lebih menyayangi mereka =).

Saya minta warga Pekak harus memberi sumbangan sedikit kepada tabung tragedi tersebut untuk membantu anak yatim dan juga rumah tersebut. Sebagai OKU Pendengaran, saya mesti relakan mendermakan duit kepada mereka melalui TV.

Saya berharap agar masyarakat kita akan membantu mereka. =)