Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 23, 2008

Aku sedang relaks sebelum menghadapi ujian SPM Ulangan pada hari Selasa ini.



Detik 21 Jun 2008 merupakan hari kami pergi ke k.terengganu untuk mengambil adik saya balik rumah dari MRSM K.Terengganu. Semasa perjalanan ke Kelantan, kami juga nak bersinggah di luar pantai K.Terengganu kerana kami rehat sebentar sebelum kereta kami bertolak semula,ya. Walau bagaimanapun, di sana pun saya ingin buat relaks supaya otak saya lebih rehat daripada sibuk-sibuk kerja. =D

Jika saya tidak berehat sehari, saya rasa pasti otak saya akan lebih memenat. Saya berseronok apabila kembali ke pantai yang saya lama ingin kerana beberapa bulan saya tidak dapat pergi tengok luar pantai kerana saya sering duduk di rumah sahaja. Nescaya saya sering mengingati Allah Maha Pencipta kerana saya sangat bersyukur betapa Allah yang menciptakan kita dan juga seluruh dunia. Di situlah kita mencari sumber rezeki, menuntut ilmu, memahami erti kehidupan alam sekitar dan sebagainya. Meskipun saya tidak berbuat apa-apa selain bersyukur kepada Allah Maha Esa.

Tuntasnya, kita juga harus melakukan sesuatu sebelum terlambat. Misalnya kita melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk golongan muda termasuk kanak-kanak khususnya sedangkan cuti sekolah atau lain-lain. Hal ini sebegini menggalakkan kita mendapat banyak membaca supaya kita merealisasikan pelbagai idea-idea yang kreatif dan menarik. Inilah perkara yang menyebabkan kita sedang menuntut ilmu hingga hari akhirat.

Rentetan itu, kita juga perlu berehat diri dan minda juga kita supaya otak dan tubuh boleh bersimpan tenaga sebelum memulakan menduduki peperiksaan SPM Ulangan pada hari Selasa ini (24 JUn). Kita juga banyak bertenang dan berelaks sememangnya khususnya berehat juga. Sekian, terima kasih.

No comments: