Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 15, 2008

Awas!! Permainan Video membawa kesan-kesan negatif.




Kes Berkaitan Permainan Video

Kes 1


SEORANG lelaki sanggup ‘putus saudara’ untuk dua jam dengan dua anak saudaranya yang di bawah umur semata-mata tidak mahu disalahkan kerana membawa mereka ke pusat permainan video hingga lewat pagi di Klang.

Bapa saudara tidak bertanggungjawab itu turut membiarkan anak saudaranya, masing-masing berusia 11 dan 14 tahun, disoal penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang melakukan operasi di pusat itu manakala dia meneruskan permainan video.

Kanak-kanak berkenaan pula walaupun hanya ditanya butiran diri dan mengapa ke sana bermain permainan video hingga lewat pagi, mula hendak menangis dan kerap mengalihkan pandangan pada bapa saudaranya yang langsung tidak mengendahkannya.

Penguat kuasa MPK yang mula syak dengan perkara itu terus bertanyakan dengan siapa mereka datang ke sana sebelum kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengatakan datang bersama bapa saudara mereka.



Kes 2

PENJUALAN permainan video yang didakwa menjadi punca terbunuhnya seorang remaja Britain laris selepas pembeli cuba mendapatkannya sebelum pihak berkuasa mengharamkannya.

Publisiti meluas mengenai permainan yang diberi nama ‘Manhunt’ itu menyebabkan pengguna tidak melepaskan peluang membelinya di kedai.

Dilaporkan pembunuhan Stefan Pakeerah, 14, didakwa dibunuh temannya, Warren Leblanc, 17, yang ketagih dengan

permainan itu di London.



Kes 3

SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas. Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup di atas kerusi rodanya.

Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.

Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam tempoh lima tahun lalu.

Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya dilakukan remaja.

Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti video yang dipanggil ‘Bumfight’ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah diserang, didera dan dicaci.



Kes 4

ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah ladang, menyaman pembuat

permainan video ‘Grand Theft Auto: Vice City’ pada 2006 di Albuquerque, New Mexico.

Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain permainan video ganas.

Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan beberapa bulan sebelum membunuh bapa,

ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.

Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21 tahun.



Kes 5

PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga ‘terlupa’ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.

Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.

Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.

Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan siri fantasi Dungeons & Dragons.

No comments: