Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 16, 2009

Pelajar Pekak perolehi 12A dalam SPM 2008...hebatnya!

Pelajar pekak peroleh 12A

KAJANG: “Saya tidak pernah anggap dia bukan normal disebabkan kepintarannya dalam pelajaran, malah saya bangga dengan setiap kejayaannya,” kata L Pathmani, 48, ibu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kategori orang kurang upaya (OKU).

Pathmani berkata, dia tidak malu mempunyai anak cacat pendengaran seperti N Aghilan, 18, sebaliknya berbangga apabila kecemerlangannya memperoleh 12A berjaya menandingi pelajar normal di seluruh negara.

Katanya, anak bongsu dua beradik itu memang cergas akal sejak kecil meskipun tumbesarannya terganggu berikutan kesukaran mendengar dengan jelas, lebih-lebih lagi sebelum mengenakan alat bantuan mendengar.

“Aghilan memang susah mendengar sejak kecil, malah doktor memberitahu kami supaya mendidiknya dengan baik, teratur dan tidak mencampur adukkan bahasa bagi mengelakkan dia keliru sekali gus sukar memahami percakapan orang.

“Atas sebab itu, kami amalkan penggunaan dua bahasa perantaraan di rumah iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Tamil supaya Aghilan mudah faham,” katanya ketika ditemui selepas menemani anaknya mengambil keputusan SPM di sini semalam.



Sementara itu, Aghilan yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit di sini, berkata kejayaannya mendapat 10 1A dan dua 2A adalah berkat bantuan rakan dan guru selain kedua ibu bapanya yang tidak jemu memberi sokongan.

“Walaupun belajar di sekolah normal bukan aliran khas, saya tidak melihatnya penghalang untuk berjaya,” katanya yang turut menerima Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Selangor atas kejayaan memperoleh 8A.

Ditanya rancangan masa depannya, pelajar pintar ini menjelaskan mahu mengejar cita-citanya dengan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian komputer di institusi pendidikan terbaik sama ada dalam mahupun luar negara.

Tuesday, March 10, 2009

Sekolah kita ada 2 pelajar cemerlang

Para pembaca,

Saya telah dapat tahu apabila umumnya 2 pelajar cemerlang di sekolah kita pada hari keputusan SPM pada 12 Mac lepas.

Terdapat 2 orang pelajar cemerlang SPM 2008 ialah

Muhammad Muhaimin Syafiq dari Kuantan, Pahang
Bekas Ketua Pengawas Asrama 2008


Sally Tang @ Tang Xie Li dari Selangor
Bekas Pengawas Sekolah

Akhirnya mereka sudah buktikan kejayaan SPM ini. Saya ada beritahu awak yang kawan-kawan mereka pun mampu dengan kemahiran mereka masing-masing.

Saya berharap mereka akan bermotivasi diri untuk meneruskan belajar hidup baru selepas ini. TQ