Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 2, 2008

Tingkatan Enam kini dibuka!!

Semalam saya terima berita daripada mak saya. Bapa saya juga dipanggilkan melalui telefon. Khabarnya pihak sekolah SMPKP ingin menawarkan tingkatan enam kepada saya. Saya terkejut dan tidak sangka. Kawan saya, Eileen yang sama. Kami asyik berfikir pasal tawaran itu.

Malahan masa kini sudah lewat kerana biasanya orang normal masuk tingkatan enam pada bulan mei atau jun. Tapi entahlah. Jadilah saya kena berbincang dengan guru saya yang saya percaya. Kami selalu berbincang pasal tawaran itu. Akhirnya saya terima tawaran sementara saya masih menunggu tawaran politeknik (ambil diploma) dan juga keputusan SPM ulangan BM pada bulan September atau Oktober ini.

Untuk pengetahuan anda, STPM lebih susah daripada UPSR, PMR dan SPM sekali tetapi ada sesetengah telah berjaya mengatasi peperiksaan STPM melalui usaha gigih. Saya baru tahu mereka selalu berusaha mencari ilmu yang banyak2, bukan ambil mudah. Hebatnya. Di samping itu, ada separuh daripada ramai itu telah berhenti tingkatan 6 kerana mereka baru terima tawaran IPTA atau lain2. Itulah saya hanya tahu daripada guru saya. Guru saya pernah sekali.

Selain itu saya rasa boleh membantu kawan-kawan saya menyelesaikan masalah pelajaran dalam PMR dan SPM kerana saya suka bersikap berganding bahu dan bagai aur dengan tebing sejak kecil hingga kini. Saya berharap agar saya akan terima tawaran yang terbaik selain tawaran tingkatan 6. Saya berucap terima kasih kepada pihak sekolah ini. Ini berita baik untuk warga sekolah SMPKP

No comments: