Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 29, 2008

Pemanasan Global

Kesan-kesan akibat pemanasan global:-

  • secara langsung bencana alam seperti kemarau, hujan berlebihan, banjir dan paras laut meningkat setahun iaitu tiga sentimeter menyebabkan banyak pesisiran pantai dan delta akan hilang.
  • kejadian taufan pula misalnya menyebabkan hasil tanaman musnah dan pengeluarannya berkurangan akibat cuaca tidak menentu.
  • hasil pertanian sukar dijangka.
  • kos meningkat termasuk kos pengangkutan. contohnya kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga.
  • sumber tenaga boleh terjejas.
  • kekurangan makanan dan masalah kebuluran.
  • penggangguran dan krisis poitik.
  • rakyat dunia kita tidak mempedulikan tentang menjaga alam sekitar dan kitar semula.
  • mengikut cuaca yang tidak tentu.
  • Gas karbon dioksida merupakan gas yang terpenting dan ia adalah punca ia bertambah akibat penggunaa bahan bakar fosil.
  • Gas ini digelarkan sebagai gas rumah hijau kerana gas rumah hijau disebabkan oleh penggunaan tenaga fosil seperti dalam sistem pengangkutan, industri, kawasan bandar serta pembakaran terbuka.
  • kebakaran hutan juga menyebabkan cuaca semakin panas.
  • menjejaskan kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber air, pinggir laut, menjejaskan habitat dan mengganggu ekosistem.
  • pencairan glasier dan peningkatan air laut menyebabkan pencerobohan air masin dan memberikan kesan kepada pinggir laut seperti habitat da hakisan. Ini akan menjejaskan bekalan air, kuantiti yang mempengaruhi penggunaan domestik.
  • mengancam manusia terutama warga emas dan kanak-kanak dalam tempoh terdekat daripada segi sistem ekonomi dan kesihatan.

langkah-langkah mengatasi masalah pemanasan global ialah:-

  • menurunkan penggunaan kenderaan persendirian dengan galakkan penggunaan kenderaan awam.
  • mempergiatkan penyelidikan penggunaan tenaga bersih dan pembangunan mekanisme seperti biofuel dan nuklear.
  • dengan mencari sumber tenaga mesra ala seperti solar,biofuel dan nuklear.
  • memahami fenomena bumi.
  • bidang penyelidikan alam sekitar yang membantu dalam menangani isu yang mengancam alam sekitar dan alam semulajadi.
  • memberi pelbagai kempen untuk menyedarkan rakyat dunia kita supaya kita bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar dan alam semulajadi daripada ancaman pemanasan global dan menjadi sikap "tak apa" dan "tak kisah" tentang cuaca.

No comments: