Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 8, 2008

Mengapa pelajar yang tidak bermasalah tidak berjaya?

Kadang-kadang apabila dilihat, ramai juga pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah peribadi atau keluarga tetapi masih gagal dalam pelajaran mereka. Apakah faktor sebenar perkara ini berlaku dan apa silapnya? Adakah kerana kesenangan dan kemudahan yang dimiliki menyebabkan mereka lalai dan alpha atau kerana mereka terlalu manja dan tidak pernah mengenal erti kepayahan?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar yang tiada bermasalah tidak berjaya dalam pelajaran mereka iaitu


  • Ambil Mudah Dalam Kehidupan

Dalam belajar seseorang itu perlu mempunyai minat dan dalam masa yang sama mempunyai sasaran terhadap masa depan yang muncul dengan sendirinya. Namun, kebiasaannya pelajar yang kehidupannya tidak mempunyai masalah ini, lebih suka ambil mudah terhadap sesuatu perkara terutamanya pelajaran. Bagi mereka, mereka tidak perlu bersusah payah kerana kehidupan yang mereka miliki kini sudah cukup sempurna dan senang. Dari situ, mereka tidak mempunyai matlamat dan hanya berfikiran bahawa masa depan mereka tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa dan mereka akan mewarisi segala yang ibu bapa mereka miliki kini. Oleh sebab itu, mereka lebih suka belajar secara sambil lewa tanpa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.

  • Unsur-unsur luar

Zaman kini ialah zaman yang serba-serbi canggih. Segala maklumat berada di hujung jari dan tidak kurang juga dengan pendedahan hiburan. Oleh itu, tumpuan pelajaran terhadap pelajaran akan tersasar dan terganggu apabila segala kemudahan itu terlalu mudah diperoleh dan ada di depan mata mereka.

  • Tidak kesedaran ibu bapa

Ibu bapa sebenarnya perlu lebih tumpuan kepada anak-anak yang hidup dalam kehidupan yang agak "mewah" ini kerana anak-anak dalam golongan ini lebih mudah terdedah kepada anasir-anasir yang kurang sihat. Mungkin anak-anak ini kurang berjaya kerana kurangnya motivasi dan tiada pemupukan semangat untuk belajar daripada ibu bapa.

  • Kawan-kawan yang tidak dapat membantu

Bukan semua kawan di sekeliling pelajar ialah kawan-kawan yang dapat membantu untuk berjaya. Jika kawan itu membawa kepada sikap malas untuk belajar, pasti pelajar itu sendiri juga akan malas belajar. Jadi ibu bapa juga berperanan memantau setiap kawan anak-anak mereka.

  • Kurang Didikan Agama

Didikan agama yang cukup adalah salah satu faktor kejayaan pelajar. Jika didikan agama tidak diterapkan dalam diri anak-anak oleh ibu bapa, dengan mudah anak-anak terpesong daripada landasan mereka. Contohnya, jika anak-anak yang telah diterapkan didikan agama yang betul, pasti sukar untuk mereka menipu ibu bapa mereka. Mereka memberitahu ibu bapa bahawa ingin pergi ke kelas tambahan dan pasti berasa takut untuk melencong dari tujuan asal. Keadaan sebaliknya berlaku kepada anak-anak yang kurang didikan agamanya.

  • Peranan Guru

Guru bertanggungjawab untuk mendidik dan memastikan pelajar berjaya. Jadi guru perlu bijak untuk menarik perhatian pelajar agar pelajar berminat untuk belajar. Sememangnya guru perlu menjadi seorang yang disukai pelajar kerana itu salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap apa-apa yang diajar.

  • Tidak merasai hidup susah

Pelajar yang tidak mempunyai masalah dalam kehidupan mereka tidak pernah merasai kesusahan hidup. Oleh sebab itu mereka tidak tahu betapa pentingnya kejayaan dalam pelajaran kerana beranggapan mereka akan terus hidup dalam kesenangan.

Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting dalam meniup semangat untuk belajar dalam diri anak-anak dan menasihatkan kepada pelajar bahawa hanya pelajar itu sendiri yang mampu membina kehidupan mereka sendiri.

No comments: