Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 24, 2010

Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang

Saya telah membaca buku yang bertajuk Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang yang dibeliku. Ini mendorong saya belajar tentang budaya IPT. Namun, saya rasa ia dapat membantu kita bersedia untuk memasuki dunia baru iaitu dunia IPT dan masa depan kita.

Tanpa buang masa, saya mahu tulis secara pendek kerana saya tahu anda akan bosan bila baca perkataan panjang. Jadi sebegitunya saya buat.
Saya terharu bila baca bab itu yang menarik. Anda nak tahu? Baiklah saya akan tunjukkan sikit kepada anda. :)
Bab yang menarik:-
Bab 2: Jangan tersungkur di Pintu Menara
Bab 3: Piawaian Menjadi Pelajar IPT yang Cemerlang
Bab 4: Anjakan Paradigma
Bab 6: Perkara yang perlu mahasiswa tahu.
Jadi saya akan terus menulis sikit yang dikhaskan untuk orang Pekak dan OKU juga yang bakal memasuki ke dunia IPT seperti universiti, politeknik dan instituti perguruan. :)
Semoga berjaya. Jika anda ingin mengetahui, silalah komen anda kat sini. TQ.

Thursday, April 22, 2010

EaRtH DaY!! SaVe OuR eArtH aND WaTeR!!

Aira ucapkan selamat hari bumi kepada seluruh dunia kita pada 22 April. Ini sentiasa menyedarkan kita pasal kepentingan bumi kita.


Kita diwajibkan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana Dialah yang memberi tempat tinggal sementara dan juga nikmat serta rezeki kepada kita di bumi. Kita janganlah menyalahgunakan bumi kita dengan aktiviti tidak elok seperti pembalakan hutan, pencemaran alam sekitar, penyebab penipisan ozon dan lain-lain.


Sebelum terlambat, kita sepatutnya bersegera menanamkan tumbuh-tumbuhan baru supaya kembali udara segar dan ozon akan bertambah menjadi tebal.




Sedarlah kita semua pasal Bumi! Selamatkanlah bumi kita daripada pencemaran alam sekitar dan juga aktiviti pembalakan hutan.


Namun, hanya Allah S.W.T. yang mengetahui sahaja. Kita mesti mencari rezeki murah dan kerja halal.


Kita jangan lupa menghargai nikmat kurniaan Allah S.W.T..


TQ.

saYa BeNci PeNiPu!!

Semalam sy terkejut bila kawan saya mengadukan sy pada malam yang gelap.
Sy bertanya dia..
Dia berkata dia terima sms yang x dikenali kerana dia kata sms dedahkan diri si penipu sebagai Angel Cheah (Junior saya). Kejamnya!!
Pada mulanya kami diberitahu bahawa si penipu kata dia tersembunyi hp di asrama sekolah FSD. Kawan sy ragu-ragu lalu menyiasat dgn sy untuk berusaha hingga berjaya bongkar rahsia si penipu!
Sy dapat tahu dia suka cari alasan dgn menipu kami dgn curi nama junior saya utk elakkan diri sebenar. Ini sebab dia suka main-main kotor!
Akhirnya si penipu telah mengalah lalu mendedahkan siapa dirinya sebenar.

Namun sy rasa tidak berpuas hati kerana perbuatan si penipu telah merosakkan nama baik sekolah FSD dan junior-junior sy!
Jadi sy telah memberi amaran kepada si penipu dgn keras.
Sehingga hari ini tiada berlaku apa-apa selepas semalam. Sebenarnya sy lebih benci org yang suka cari alasan dan menipu!

p/s: Berlaku pada pukul 10 mlm hingga 11.45 mlm 21 April 2010!
Sy bersusah hati bila dengar tersebut! Sy x boleh tunjukkan nama si penipu kpd anda kerana saya buat dia sedar dan tidak akan mengulangi kesilapan. Jika dia buat lagi, saya akan laporkan polis bahawa si penipu sebagai penjenayah identiti!

Thursday, April 15, 2010

Punca-punca pembuangan bayi dan langkah-langkah untuk mencegahkannya

Punca-punca:-

  • Melakukan persetubuhan secara haram akibat mengikut nafsu hawa syaitan.
  • Tidak dapat restui daripada kedua-dua keluarga pasangan.
  • Akidah Islam semakin lemah akibat keimanan berkurang.
  • Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah, IPTA atau lain-lain.
  • Terpengaruh budaya barat yang lazim berlaku di luar negara seperti perfileman barat, bahan-bahan lucah, pergaulan bebas dan lain-lain.
  • Ingkar kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam dengan teman lelakinya.
  • Terpengaruh dadah secara tidak sedar.
Langkah-langkah:-

  • Berikan kerjasama dgn ibubapa, masyarakat, pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mencegahkan masalah tersebut. Sebagai contoh, pihak berkuasa bekerjasama dgn polis untuk menjejaki remaja perempuan yang sedang mengandung bayi tanpa nikah secara luas melalui kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah dan juga IPTA/IPTS.
  • Mengadakan kempen untuk menyedarkan ibu bapa terhadap anak-anak.
  • Meningkatkan didikan agama terhadap anak-anak supaya mudah-mudahan mereka tidak akan mendekatkan perbuatan yang tidak senonoh.
  • Jika si ibu tidak mahu terima anak luar nikah, berfikir terlebih dahulu sebelum menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat untuk mengelakkan daripada terus berdosa besar seperti membuang bayi yang tidak berdosa.

Kejamnya si ibu berani membuang bayi yang tidak berdosa.

Baru-baru ini Aira mendengar berita itu. Aira terkejut dan sedih bila melihat mayat bayi telah dibuang secara haram. Aira betul-betul tidak faham mengapa begitu. Aira sudah mula membenci si ibu yang membuang bayi.

Sebaliknya Aira juga memberi pujian kepada bekas penuntut IPTA yang tidak mahu membuang bayi namun rela memelihara anak luar nikah yang dilahirnya. Aira difahamkan keluarga angkatnya telah berikan nasihat kepada bekas penuntut itu. AKhirnya dia setuju tidak membuang bayi dan akan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkatnya bila dia sudah sihat dan kembali belajar. Taubatlah kepada Allah sebelum terlambat.

Mari kita bincangkan tentang punca-punca pembuangan bayi dan langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut, anak-anak. Saya boleh membantu anda semua cuba menulis karangan secara tidak kira panjang atau ringkas. Mudah-mudahan anda akan faham cara-cara membuat karangan.

Aira telah kembali menulis blogger semula!

Selepas 2 bulan komputer saya dibaiki, akhirnya komputer saya sudah pulih, saya dah kembali. Bagi anda semua, saya minta maaf kerana lama tidak menulis artikel or lain2 yang menyebabkan anda semua tunggu lama.

Namun tidak lama saya dan keluarga akan lawatkan ke Sabah dan Labuan. Bagi saya, saya betul-betul gembira kerana ini kali pertama saya akan pergi ke sana dgn keluarga. Sebaliknya saya mahu membuat penyelidikan ke atas alam semulajadi dan juga pelancongan dgn sendiri.

Sebelum saya terus menulis artikel, saya terlebih dahulu ucapkan tahniah kepada kawan-kawan saya yang telah berjaya dapat lulus SPM dan juga mata pelajaran. Jadi tahun ini pencapaian SPM telah meningkat di FSD (SMPKP). Terima kasih kepada guru-guru yang telah menjasai usaha dan didikanmu kepada anak-anak Pekak.