Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 15, 2010

Punca-punca pembuangan bayi dan langkah-langkah untuk mencegahkannya

Punca-punca:-

  • Melakukan persetubuhan secara haram akibat mengikut nafsu hawa syaitan.
  • Tidak dapat restui daripada kedua-dua keluarga pasangan.
  • Akidah Islam semakin lemah akibat keimanan berkurang.
  • Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah, IPTA atau lain-lain.
  • Terpengaruh budaya barat yang lazim berlaku di luar negara seperti perfileman barat, bahan-bahan lucah, pergaulan bebas dan lain-lain.
  • Ingkar kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam dengan teman lelakinya.
  • Terpengaruh dadah secara tidak sedar.
Langkah-langkah:-

  • Berikan kerjasama dgn ibubapa, masyarakat, pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mencegahkan masalah tersebut. Sebagai contoh, pihak berkuasa bekerjasama dgn polis untuk menjejaki remaja perempuan yang sedang mengandung bayi tanpa nikah secara luas melalui kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah dan juga IPTA/IPTS.
  • Mengadakan kempen untuk menyedarkan ibu bapa terhadap anak-anak.
  • Meningkatkan didikan agama terhadap anak-anak supaya mudah-mudahan mereka tidak akan mendekatkan perbuatan yang tidak senonoh.
  • Jika si ibu tidak mahu terima anak luar nikah, berfikir terlebih dahulu sebelum menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat untuk mengelakkan daripada terus berdosa besar seperti membuang bayi yang tidak berdosa.

No comments: