Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 9, 2010

SeLaMat HaRi JaDi Mama dan Aku



Sebaik tahun baru 2010 telah bermula, kami sekeluarga ambil masa sikit untuk meraikan majlis ringkas harijadi mama (1/1) dan aku (3/1). :D

Ketika itu, saya sedar betapa tanggungjawab saya sudah bermula apabila saya dah masuk 22 tahun. Jadilah saya sudah sedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta ujian yang ditentukan olehNya. Kita mesti bersyukur dan berdoa banyak kepada Allah S.W.T..

Walapun negara kita dalam perang politik, kami tetap bersyukur dan mengingatiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sekeluarga hambamu. Dan janganlah menyeksa kami dengan azabMu. Tolonglah selamatkanlah kami sekeluarga hambamu. Ya Allah, berselawatlah ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.. Dan ampunilah dosa-dosa kami. Amin.

Selain itu, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam 1431 H dan juga tahun 2010 kepada anda semua di dunia kita. Saya berazam agar kita mesti bertaubat sebelum terlambat.


Saturday, December 26, 2009

Seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran sudah berjaya memperolehi 6A 2B!!berjaya

Saya sudah bangga akan pencapaian keputusan PMR pada tahun ini. Melalui akhbar, saya sudah dapat tahu bahawa seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran yang bernama Hani Nadhrah telah berjaya memperolehi 6A 2B. Sebenarnya dia bukan bisu atau pekak malah dia merupakan orang normal yang tidak dapat mendengar melalui telinga kirinya dan hanya bergantung kepada telinga kanan selepas menjalani pembedahan menanam koklear. Dia juga belajar kat sekolah normal di Terengganu. Tahniah kepada anda, Hani.

Adik saya, Aliff yang berjaya memperolehi 5A 3B dalam keputusan PMR. Kami sekeluarga bangga dan bersyukur kepada Allah S.W.T.. Kita diingati jangan berlagak, nanti kena berlaku pada diri sendiri. Terima kasih.

Sumber maklumat daripada Harian Metro dan Sekolah FSD.

Keputusan PMR lebih maju pada tahun ini!!

25 Disember - Pada 24 Disember yang lalu, seramai 28,188 pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperolehi semua A bagi semua subjek berbanding 26,378 pada tahun lalu.

Keazaman untuk berjaya tidak menghalang pelajar orang kurang upaya (OKU) mencapai kejayaan dan terbukti apabila mereka yang mengalami masalah penglihatan turut tersenarai antara pelajar cemerlang PMR bagi tahun ini.

Bukan hanya disambut dengan senyuman dan tangisan kegembiraan oleh pelajar terbabit malah keputusan cemerlang dicapai turut dikongsi bersama rakan, guru serta ibu bapa masing-masing.

Thursday, December 24, 2009

Aku dah kembali menulis!!!!

Setelah berminggu-minggu, saya sudah bersedia untuk kembali menulis kepada anda semua.

Melalui ini, saya ingin meluahkan perasaan tentang dunia yang sedang 'berpanas' dan hampir tidak stabil. Hal ini menyedarkan saya tentang kepentingan alam sekitar adalah tugas kita yang diberikan Allah S.W.T untuk memulihara dan melindungi alam sekitar. Namun begitu, mengapa kita sengaja mengabaikan kepentingan alam sekitar.

Ada sebahagian daripada dunia yang berisytiharkan tidak dibenarkan menggunakan plastik sebagai langkah pencegahan bagi masalah kepupusan haiwan air dan juga alam sekitar. Saya mahu awak tengok gambar yang disediakan (Sumber maklumat daripada google).



Anda sudah fikir pasal itu? Itulah sikap manusia sendiri. Tolonglah selamatkan bumi dan haiwan kita. Jangan kita mengabaikan tanggungjawab kita untuk memelihara seluruh alam sekitar.

Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh serah plastik dan barang yang telah digunakan kepada Pusat Recycle Malaysia. Hal ini mengurangkan beban kita dengan menggunakan recycle. Ini lah kita boleh.



Thursday, September 17, 2009

Kad Ucapan ku padamu.




Ramadhan & Syawal 1430H

Saya berseronok kerana berpuasa. Saya menikmati saat ini kerana ia adalah peluang terbaik untuk kehidupan dan diri saya dan juga keluarga.

Namun sehingga hari ini, saya rasa sedar akan kepentingan ramadhan dan syawal. Saya pun memohon ampun ke atas kesalahan-kesalahan aku terhadap anda semua. Saya harap kita akan bersama-sama untuk mencapai matlamat kita.


Tuesday, August 4, 2009

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama....

Sebagai Islam, saya perlu bersedia untuk membaca al-Quran, menunaikan solat, memberi sedekah kepada orang miskin dan sebagainya sebagai amalan yang pahala.

Tapi ingatlah, kita janganlah buat perkara yang tidak elok ketika waktu Ramadan nanti. Saya tentu merindui bulan Ramadan kerana bulan itu merupakan bulan mulia bagi orang Islam di dunia dan alam barzakh. Saya selalu ingat pesanan arwah datuk saya agar saya mesti buat baik sebagaimanapun dia selalu ingat Allah Maha Esa. Saya juga ingatNya dalam hatiku.

Sebelum saya berundur, saya ingin memohon maaf kepada anda atas kesilapan dan kesalahan saya terhadap anda. Saya harap kita akan diberi pahala jika kita buat baik dan hormat-hormati. Selamat Menyambut Ramadhan.