Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 11, 2009

Malu!!! Lelaki pekak dan bisu dipenjara 14 bulan kerana miliki dadah

Lelaki pekak dan bisu dipenjara 14 bulan kerana miliki dadah

PULAU PINANG 10 Jun — Seorang lelaki pekak dan bisu dijatuhi hukuman penjara berjumlah 34 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat tuduhan termasuk memiliki dadah jenis heroin dan kanabis, April lepas.

Ramli Zainol, 30, dari Jalan Sungai, Georgetown yang bekerja sebagai pembantu restoran akan menjalani hukuman penjara selama 14 bulan iaitu tempoh hukuman yang paling panjang dikenakan kerana mahkamah menetapkan hukuman dijalankan serentak mulai tarikh dia ditangkap.

Majistret Noor Aini Yusof turut memerintahkan Ramli diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.Bagi pertuduhan pertama, Ramli didakwa memiliki 0.13 gram dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine pada kira-kira pukul 4.15 petang, 20 April lepas di bawah Blok B, Jalan Sungai di sini. - Bernama

No comments: