Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 1, 2009

Kem Perdana 2009 di Gua Kelam

19 Mei hingga 21 Mei 2009

Kem ini sangat seronok dan banyak cabaran baru untuk kami. Kami telah mempelajari apa-apa yang fasilitor berikan atau nasihat.

Dalam gua, saya rasa dapat berpengalaman baru apabila mempelajari dan mencabar diri saya ketika masuk air di sana untuk belajar bagaimana menghadapi kesusahan itu sebagai persediaan menghadapi bencana.

Selain itu, kami dapat sedar tentang hari ibu amat penting kerana ibu lah pendorong dan juga orang yang melahirkan kita. Kita janganlah menderhaka ibu bapa kita. Ketika itu, saya hampir jatuh air mata apabila Cikgu Nazri menasihati kami tentang perkara itu. Dia berkata tak elok perbuatan derhaka atau menyakiti hati ibu bapa, nanti terkena buat dosa besar yang sukar diampunkan. Itulah perkara yang saya pernah dengar beberapa kali kerana saya pernah menghadiri motivasi beberapa kali sejak bersekolah rendah hingga kini. Oleh itu yang mendorong saya boleh membina motivasi dan disiplin diri saya sendiri dan juga kawan2.


No comments: