Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 24, 2008

Kenangan Manis Sewaktu hari SPM Ulangan

Detik 24 Jun 2008 merupakan hari istimewa untuk saya. Hari itu hari peperiksaan SPM ulangan pada tahun ini. Mari saya bercerita tentang pengalaman saya kat sana.

9.47 am - Saya mengikut mak saya mencari tempat peperiksaan iaitu sekolah adik saya. Sambil berjalan kaki, saya berangkat muka ke arah tingkat atas blok lalu melihat banyak orang normal termasuk dewasa sekali. Itulah saya tidak sangka. Bila sampai di tingkat atas blok itu, mak saya berbincang dengan para pengawas terutama ketua pengawas sekali. Mereka berpaling muka ke arah saya. Saya asyik malu sikit seperti kucing.=D Selepas itu saya mencari nombor meja saya hingga menemuinya. Tempat kedudukan saya berhampiran pintu keempat dalam bilik dewan.



10.10 am - Sebelum peperiksaan bermula, saya mencuri tengok-tengok lalu berpusing sekeliling bilik tersebut. Apa yang saya tengok ialah ada dewasa, wanita mengandung, wanita menutup aurat dan remaja-remaja juga. Itulah waktu kali pertama saya.



12.58 pm - Bila peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu telah ditamatkan, saya balik sekejap lalu berjalan kaki ke arah sekolah rendah yang berhampiran sekolah adik saya tadi. Nampaknya adik saya tiada di sana kerana saya diberitahu bahawa dia ada kelas fardu ain. Jadi saya menunggu hingga kemunculan mak saya. Mak saya bawa saya ke tempat kerja mak saya. Ia berada dekat sekolai itu.

1.55 pm - Mak saya hantar saya ke sekolah semula untuk berterus menduduki peperiksaan. Sebelum peperiksaan BM Kertas 2 bermula, ada orang perempuan dekat saya lalu bertanya, "bolehkah saya tgk buku awak sikit?" Saya malu sekali kerana saya tidak boleh bercakap jadi saya balas dengannya lalu saya tunjuk isyarat yang bertanya saya tidak dengar. Perempuan itu terkejut sikit tapi saya rela beri buku katnya. Dia memberi senyuman kepada saya. Beberapa saat kemudian, para pengawas memanggil kami untuk memasuki bilik dewan semula sebelum peperiksaan bermula.

2.36 pm - Saya boleh dengar bunyi telefon orang lain lalu berpaling muka sekeliling bilik dewan itu. Saya ingat telefon bimbit saya disimpan dalam beg saya di luar bilik dewan. Apabila saya berpaling muka dari hadapan ke kanan lalu saya nampak sesuatu, saya dapat tahu ada orang yang bersembunyi telefon bimbit yang berkata, "Tunggu akulah. Aku sedang menduduki ujian. Aku mau off. bye!" lalu tutup telefonnya supaya mengelakkan ia daripada pengetahuan para pengawas. Lelaki itu dekat saya. Kedudukannya di sebelah kanan saya. Saya berangkat muka dari kiri ke kanan.

4.25 pm - Seorang daripada para pengawas beritahu saya masa hampir tamat. Saya berusaha supaya melaksanakan jawapan. Tapi tidak jadi kerana saya hampir laksana jawapan itu. Tak apa. Hal ini kerana para pengawas tidak beri masa tambahan kepada saya.

4.42 pm - Peperiksaan dah tamat. Ketua pengawas meminta kami bersih meja serta ambil slip BM yang diletakkan atas meja tadi kerana hari berikut ada peperiksaan matematik,ya.

4.47 pm - Semasa saya menuruni anak tangga, saya sms kat mak saya tapi dia x jawab. Itulah saya risau. Jadi saya ingat pesan mak saya yang minta saya tunggu di pintu utama sekolah itu. Apabila saya keluar dari sekolah itu, mak saya berlambai tangan lalu saya pergi ke arah mak saya. Mak saya terkejut kerana mak saya ingat biasanya para pengawas memberi masa tambahan kepada saya yang istimewa. Tapi mak saya rasa tidak adil. Saya terus ketawa lalu bercerita kat mak saya bahawa para pengawas tidak mahu menunggu saya hingga masa tambahan tamat jadi mereka bercadang saya mesti menghabiskan masa bersama-sama dengan ramai orang itu. Mak saya berkata tidak apa.

5.13 pm - Kami pergi ke kedai yang mak ingin beli. Saya x kisah. hhehe..

Saya berharap kamu mesti berancang dengan bijaksana sekali supaya menjimatkan masa awak. Jangan membazirkan masa kamu,ya.. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang,ya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum tanya awak sekolah mana?