Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 1, 2011

seLamaT hArI SusU seDunIa






Susu adalah minuman kegemaran manusia termasuk anak-anak.

Susu diperbuatkan daripada susu lembu, susu kambing, susu ibu dan lain-lain.

Setiap pagi manusia biasanya meminum susu sebelum meneruskan pekerjaannya.

Susu pun mampu menguatkan tulang dan gigi kita. Jika tidak, anda akan tahu.

Jadi, saya ucapkan selamat hari susu sedunia.


Orang bisu telah menyelamatkan keluarganya daripada kebakaran rumahnya

Baru-baru ini saya terkejut bila membaca e-akhbar iaitu berita harian. Saya terharu bahawa orang bisu sudah menyelamatkan keluarganya. Saya didapati orang bisu merupakan seorang budak yang bisu.

Keluarganya bersyukur kerana seorang ahli daripada keluarganya telah menyelamatkannya. Tetapi sedihnya rumahnya sudah musnah dibakar api. Saya turut bersimpati kerana alam persekolahannya hampir akan datang tetapi pakaian dan beg sekolah serta barang2 terpenting juga musnah.

Saya harap agar masyarakat dalam sekeliling rumah itu akan membantu mangsa kebakaran pada waktu sementara ini. Saya memuji budak itu. Saya harap agar budak itu akan berusaha yang dia mampu. =)

Wednesday, May 25, 2011

Keluarga saudara saya telah datang ke rumah penulis

Ketika petang hari ini, saya baru menerima sms daripada mama yang berkata, "Ok. Pak Kiri sudah sampai kat rumah kita." Ia membuat saya terkejut. Lalu saya berjalan kaki ke sana dari bank BSN, tidak sempat membeli lauk yang diperlukan. T,T


Sebaik sampai di rumah, saya terus bersalaman dengan pakcik saya dan isterinya. Selepas itu, saya gembira bila melihat sepupu-sepupu lekaki saya ada kat sana. Nampaknya mereka comel.. hehe ~~


Saya berdoa agar kami sekeluarga dan keluarga pakcik saya bakal akan bersatu dengan keluarga saudara-saudara saya dalam perjumpaan hari keluarga ibu saya pada minggu cuti sekolah ini.. Yahooo... Terima kasih kepadaNya. Amin.

Tuesday, May 24, 2011

Cadangan saya ialah....

CaDangaN saYa iaLaH

a) meMbuAt RanCanGaN tV, seLamAt PaGi DeaF MalaYsia...

b) KonGsi peNgaLamaN kiTa tenTanG ReSiPi, perKahWinaN, maSa dEpaN daN laiN2 ~~

c) meNgAdaKaN kaUnseLiNg uTk waRga PekaK maLaySia ^-^ V

Dengan di atas adalah cadangan saya tetapi belum 'disahkan' kerana saya sedang mengumpulkan pendapat daripada anda semua. =) Saya berharap agar blog ini akan disambutkan dengan baik.
^-^ V

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Saya dan keluarga kini terkejut bila mendapat berita tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim. Ini membuat kami bersimpati pada mereka. Saya turut bersedih kerana ada sesetengah daripada mereka adalah anak yatim yang juga berkorban. Saya terpilu dengan pemergian mereka. Tetapi Allah Maha Esa lebih menyayangi mereka =).

Saya minta warga Pekak harus memberi sumbangan sedikit kepada tabung tragedi tersebut untuk membantu anak yatim dan juga rumah tersebut. Sebagai OKU Pendengaran, saya mesti relakan mendermakan duit kepada mereka melalui TV.

Saya berharap agar masyarakat kita akan membantu mereka. =)

Saturday, April 16, 2011

Penulis telah kembali selepas lama tidak gunakan blog...

Wahai pembacaku, Saya minta maaf kerana tidak buat update blog ini disebabkan oleh kesibukan kerja tugas saya.


Saya ingin mengucapkan selamat menjalani kerja latihan industri kepada kawan-kawan saya yang sedang bercuti semester dan tidak lama akan masuk kerja latihan industri. Tentunya saya rindu mereka ^-^


Selain itu, saya akan menulis blog ini pada setiap hujung minggu jika ada idea yang menarik ya. =D



~~SeLaMaT beRcUtI SeMesTer & MenJaLaNi kErJa laTihaN IndUstRi~~

Friday, December 10, 2010

Lama x update...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Lama saya tidak buat update blog kesygku kerana terlalu sibuk buat tugasan pada setiap minggu ya.

Baru-baru ini saya dan rakan saya, Ain Shuhada sudah habis kerja sukarelawan MSK pada 28 Nov hingga 1 Disember lepas. Pengalaman saya sebagai sukarelawan ialah saya mulanya menyukarkan diri untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang normal. Dengan begitu, saya kena terpaksa berusaha untuk cuba berkomunikasi dengan mereka hingga berjaya dapat biasa diri dengan mereka melalui menulis dan menggunakan bahasa isyarat sikit seperti eja huruf saja.

Saya sepatutnya bersyukur kepada Allah Maha Penyayang kerana Dia yang berikan kesabaran dan ketabahan kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada Ain Shuhada, Seha dan Ina (Amelina) yang membantu saya bekerjasama dengan mereka dan rakan-rakan setugas yang normal. Saya tidak akan melupakan pengalaman saya =)

Sebelum habis tulis ini, saya juga berucap selamat tahun baru Islam atau Maal Hijrah kepada umat Islam di seluruh dunia. Saya juga meminta maaf jika buat sebarang kesilapan atau kesalahan terhadap kamu semua.