Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 10, 2010

Lama x update...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Lama saya tidak buat update blog kesygku kerana terlalu sibuk buat tugasan pada setiap minggu ya.

Baru-baru ini saya dan rakan saya, Ain Shuhada sudah habis kerja sukarelawan MSK pada 28 Nov hingga 1 Disember lepas. Pengalaman saya sebagai sukarelawan ialah saya mulanya menyukarkan diri untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang normal. Dengan begitu, saya kena terpaksa berusaha untuk cuba berkomunikasi dengan mereka hingga berjaya dapat biasa diri dengan mereka melalui menulis dan menggunakan bahasa isyarat sikit seperti eja huruf saja.

Saya sepatutnya bersyukur kepada Allah Maha Penyayang kerana Dia yang berikan kesabaran dan ketabahan kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada Ain Shuhada, Seha dan Ina (Amelina) yang membantu saya bekerjasama dengan mereka dan rakan-rakan setugas yang normal. Saya tidak akan melupakan pengalaman saya =)

Sebelum habis tulis ini, saya juga berucap selamat tahun baru Islam atau Maal Hijrah kepada umat Islam di seluruh dunia. Saya juga meminta maaf jika buat sebarang kesilapan atau kesalahan terhadap kamu semua.

No comments: