
Thursday, January 21, 2010
Sunday, January 10, 2010
Allah sayang kita Islam. Jangan buat dosa lagi. Tolongla bertaubat sebelum terlambat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meluahkan perasaan dan keadaan aku kepada anda semua. Sebenarnya saya serba salah kerana saya hampir tidak ikut jalan Allah. Itulah iblis ketawa aku. Aku bermalu sekali dan mahu berbangkit semula untuk menentang iblis dan perbuatan yang dosa yang dibuat manusia. Saya betul-betul hampa terhadap mereka tetapi saya mesti bertabah sambil mengingati Allah. Melalui al-Quran, ia berkata "Jikalau manusia dapat dosa yang banyak, tentu Allah akan menyeksa manusia yang kafir dan munafik dengan azabNya". Itulah ingatan saya yang paling kuat.
Saya berharap saya sentiasa cuba mengelakkan diri daripada meneruskan perbuatan yang "sesat". Saya bersyukur kpd Allah kerana Dialah yang memberi hidayah dan cahaya kepada aku kerana Dialah yang menyayangi orang Islam yang berhati mulia dan beriman. Maafkan saya jika saya buat salah terhadap awak semua. Tolonglah maafkan perbuatan saya. Terima kasih, adikku.
Untuk maklumat pasal Islam,
Tekanan Di sini
Saturday, January 9, 2010
Baju Design Ciptaan Aku..
Nak berpesan baju ini? Saya hanya buat design ke atas baju. Saya buat ini dengan kreatif dan inovatif. Jika awak cari baju yang hebat, boleh bincang dengan saya sebelum awak pergi cari kedai,ya. Jgn ingat saya mempunyai "bisnes" sendiri kerana saya masih pelajar. Hanya membantu anda semua. :D
Cantik tak?
SeLaMat HaRi JaDi Mama dan Aku
Sebaik tahun baru 2010 telah bermula, kami sekeluarga ambil masa sikit untuk meraikan majlis ringkas harijadi mama (1/1) dan aku (3/1). :D
Ketika itu, saya sedar betapa tanggungjawab saya sudah bermula apabila saya dah masuk 22 tahun. Jadilah saya sudah sedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta ujian yang ditentukan olehNya. Kita mesti bersyukur dan berdoa banyak kepada Allah S.W.T..
Walapun negara kita dalam perang politik, kami tetap bersyukur dan mengingatiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sekeluarga hambamu. Dan janganlah menyeksa kami dengan azabMu. Tolonglah selamatkanlah kami sekeluarga hambamu. Ya Allah, berselawatlah ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.. Dan ampunilah dosa-dosa kami. Amin.
Selain itu, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam 1431 H dan juga tahun 2010 kepada anda semua di dunia kita. Saya berazam agar kita mesti bertaubat sebelum terlambat.
Saturday, December 26, 2009
Seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran sudah berjaya memperolehi 6A 2B!!berjaya
Saya sudah bangga akan pencapaian keputusan PMR pada tahun ini. Melalui akhbar, saya sudah dapat tahu bahawa seorang pelajar PMR yang bercacat pendengaran yang bernama Hani Nadhrah telah berjaya memperolehi 6A 2B. Sebenarnya dia bukan bisu atau pekak malah dia merupakan orang normal yang tidak dapat mendengar melalui telinga kirinya dan hanya bergantung kepada telinga kanan selepas menjalani pembedahan menanam koklear. Dia juga belajar kat sekolah normal di Terengganu. Tahniah kepada anda, Hani.
Adik saya, Aliff yang berjaya memperolehi 5A 3B dalam keputusan PMR. Kami sekeluarga bangga dan bersyukur kepada Allah S.W.T.. Kita diingati jangan berlagak, nanti kena berlaku pada diri sendiri. Terima kasih.
Sumber maklumat daripada Harian Metro dan Sekolah FSD.
Keputusan PMR lebih maju pada tahun ini!!
25 Disember - Pada 24 Disember yang lalu, seramai 28,188 pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperolehi semua A bagi semua subjek berbanding 26,378 pada tahun lalu.
Keazaman untuk berjaya tidak menghalang pelajar orang kurang upaya (OKU) mencapai kejayaan dan terbukti apabila mereka yang mengalami masalah penglihatan turut tersenarai antara pelajar cemerlang PMR bagi tahun ini.
Bukan hanya disambut dengan senyuman dan tangisan kegembiraan oleh pelajar terbabit malah keputusan cemerlang dicapai turut dikongsi bersama rakan, guru serta ibu bapa masing-masing.
Thursday, December 24, 2009
Aku dah kembali menulis!!!!
Setelah berminggu-minggu, saya sudah bersedia untuk kembali menulis kepada anda semua.
Melalui ini, saya ingin meluahkan perasaan tentang dunia yang sedang 'berpanas' dan hampir tidak stabil. Hal ini menyedarkan saya tentang kepentingan alam sekitar adalah tugas kita yang diberikan Allah S.W.T untuk memulihara dan melindungi alam sekitar. Namun begitu, mengapa kita sengaja mengabaikan kepentingan alam sekitar.
Ada sebahagian daripada dunia yang berisytiharkan tidak dibenarkan menggunakan plastik sebagai langkah pencegahan bagi masalah kepupusan haiwan air dan juga alam sekitar. Saya mahu awak tengok gambar yang disediakan (Sumber maklumat daripada google).
Anda sudah fikir pasal itu? Itulah sikap manusia sendiri. Tolonglah selamatkan bumi dan haiwan kita. Jangan kita mengabaikan tanggungjawab kita untuk memelihara seluruh alam sekitar.
Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh serah plastik dan barang yang telah digunakan kepada Pusat Recycle Malaysia. Hal ini mengurangkan beban kita dengan menggunakan recycle. Ini lah kita boleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- At home (4)
- at school (3)
- Berita Harian Online (1)
- Bernama (1)
- Fokus SPM keluaran Julai 2008 (2)
- Gua Kelam (1)
- Hari Peperiksaan SPM ulangan kat Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. (1)
- Harian Metro (Pendidikan) (3)
- Karangan SPM (1)
- Luar Pantai K.Terengganu (1)
- Perlis. (1)
- Sekolah FSD (1)
- Sukan Olympic (1)
- Utusan Malaysia (1)
- Utusan Malaysia (Pendidikan) (1)
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (1)







