Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 16, 2009

Pelajar Pekak perolehi 12A dalam SPM 2008...hebatnya!

Pelajar pekak peroleh 12A

KAJANG: “Saya tidak pernah anggap dia bukan normal disebabkan kepintarannya dalam pelajaran, malah saya bangga dengan setiap kejayaannya,” kata L Pathmani, 48, ibu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kategori orang kurang upaya (OKU).

Pathmani berkata, dia tidak malu mempunyai anak cacat pendengaran seperti N Aghilan, 18, sebaliknya berbangga apabila kecemerlangannya memperoleh 12A berjaya menandingi pelajar normal di seluruh negara.

Katanya, anak bongsu dua beradik itu memang cergas akal sejak kecil meskipun tumbesarannya terganggu berikutan kesukaran mendengar dengan jelas, lebih-lebih lagi sebelum mengenakan alat bantuan mendengar.

“Aghilan memang susah mendengar sejak kecil, malah doktor memberitahu kami supaya mendidiknya dengan baik, teratur dan tidak mencampur adukkan bahasa bagi mengelakkan dia keliru sekali gus sukar memahami percakapan orang.

“Atas sebab itu, kami amalkan penggunaan dua bahasa perantaraan di rumah iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Tamil supaya Aghilan mudah faham,” katanya ketika ditemui selepas menemani anaknya mengambil keputusan SPM di sini semalam.



Sementara itu, Aghilan yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit di sini, berkata kejayaannya mendapat 10 1A dan dua 2A adalah berkat bantuan rakan dan guru selain kedua ibu bapanya yang tidak jemu memberi sokongan.

“Walaupun belajar di sekolah normal bukan aliran khas, saya tidak melihatnya penghalang untuk berjaya,” katanya yang turut menerima Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Selangor atas kejayaan memperoleh 8A.

Ditanya rancangan masa depannya, pelajar pintar ini menjelaskan mahu mengejar cita-citanya dengan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian komputer di institusi pendidikan terbaik sama ada dalam mahupun luar negara.

Tuesday, March 10, 2009

Sekolah kita ada 2 pelajar cemerlang

Para pembaca,

Saya telah dapat tahu apabila umumnya 2 pelajar cemerlang di sekolah kita pada hari keputusan SPM pada 12 Mac lepas.

Terdapat 2 orang pelajar cemerlang SPM 2008 ialah

Muhammad Muhaimin Syafiq dari Kuantan, Pahang
Bekas Ketua Pengawas Asrama 2008


Sally Tang @ Tang Xie Li dari Selangor
Bekas Pengawas Sekolah

Akhirnya mereka sudah buktikan kejayaan SPM ini. Saya ada beritahu awak yang kawan-kawan mereka pun mampu dengan kemahiran mereka masing-masing.

Saya berharap mereka akan bermotivasi diri untuk meneruskan belajar hidup baru selepas ini. TQ

Monday, February 2, 2009

Israel adalah antara negara yang paling teruk!


Saya penulis yang tidak takut akan orang Yahudi! Saya rasa kecewa tindakan tentera Yahudi adalah tindakan kejam dan tidak belas kasihan terhadap orang Palestin yang tidak berdosa.

Saya rasa Israel sangat jahil dalam agamanya kerana dulunya orang Yahudi enggan terima ajaran agama Islam. Sebenarnya orang Yahudi menunjukkan kesombongannya terhadap dunia kita, bukan kita kerana ada sesetengah negara yang tidak suka negara Israel. Kejamnya Israel! Kejamnya Israel!

Kita mesti berdoa kepada Allah S.W.T. agar saudara-saudara kita di bumi Palestin mesti diselamatkan daripada pembunuhan orang Yahudi.

Israel Musuh Kita! Israel Jahat! Israel Tidak Berfikir lalu membunuh sejuta-juta orang kanak-kanak dan dewasa di bumi Palestin!



Thursday, January 1, 2009

SeLaMaT tAhUn BaRu IsLaM 1430H & TaHuN BaRu 2009


Selamat Tahun Baru Islam ( Maal Hijrah 1430H) & Selamat Tahun Baru 2009


Saya berhasrat kepada anda untuk meneruskan majukan diri dan kejayaanmu dalam kehidupan dan generasi baru dalam tahun baru ini. Tetapi anda harus diingati bahawa kita jangan merosakkan harta khazanah (hasilan bumi) dan alam sekitar kita.

Saya pun ingin mengucapkan minta maaf kepada anda jikalau saya berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap anda. Saya berharap agar kita bersama-sama melindungi alam sekitar (elakkannya dr pencemaran) dan agama Islam kita yang Allah s.w.t. mahu.

Kecacatan fizikal bukan halang pelajar OKU berjaya PMR dgn cemerlang

Buta Tidak Halang Pelajar Raih Kejayaan PMR

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Beberapa pelajar buta meraih kejayaan dengan mendapat sehingga 9A pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang diumumkan Selasa.

Kecacatan mereka tidak menghalang untuk memperoleh kejayan seperti rakan-rakan mereka yang sempurna fizikal.

Di BACHOK, Kelantan, Wan Siti Noraimah Busyra pelajar Sekolah Menengah Agama Tok Bok memperoleh 9A yang dianggapnya sebagai hadiah paling bermakna bagi ayahnya yang bekerja sebagai petani.

"Ini hadiah untuk ayah yang bersusah payah menyekolahkan saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini.

Di JOHOR BAHARU, Noorilham Ismail, pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, biarpun hanya mendapat 4A dan 4C dan belajar menggunakan tulisan braille, disenaraikan pelajar kedua terbaik daripada 11 pelajar cemerlang kategori pendidikan khas negeri Johor.

"Bijak membahagikan masa belajar selain sokongan ibu bapa dan guru-guru merupakan rahsia kejayaan saya. Saya harap kejayaan ini menjadi ikutan kepada rakan senasib untuk lebih berjaya," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PMR Johor.

Ibu Noorilham, Salimah Kasim, 54, seorang suri rumah, ketika ditemui berkata usahanya bersama suami, Ismail Jaafar, 54, peneroka Felda, tercapai hari ini untuk memastikan anaknya itu yang merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik itu mendapat pendidikan sempurna.

"Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang dilahirkan normal tiba-tiba menjadi buta. Noorilham pernah tidak bersekolah selama beberapa tahun sebelum diberikan peluang belajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan kemudian menyambung peringkat sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar," katanya.

Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Low Zhin Mein, 16, yang cacat pendengaran juga membuktikan kecacatan fizikal bukan penghalang mendapat 7A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Bapanya, Low Piang Hun, 50, ketika ditemui berkata anaknya memperuntukkan antara dua hingga tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

"Anak saya tidak mempunyai jadual belajar yang tetap. Untuk meningkatkan tahap pendengarannya, beliau belajar sambil mendengar radio," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, December 21, 2008

Mesej Islam Dan Warga Pekak

MESEJ ISLAM DAN WARGA PEKAK
Islam tidak pernah memandang umatnya berbeza dari segi paras rupa atau fizikal. Islam memandang amal dan takwa serta menyanjung sifat Muslimin dan Muslimah yang sejati terutamanya dalam hal menuntut ilmu.
Tidak kira sama ada seseorang Muslim itu normal atau cacat, kesungguhan dalam mendalami Islam merupakan suatu tuntutan. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum, iaitu seorang yang cacat penglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang sibuk melayani para penguasa Quraisy dan mendakwah mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, baginda pun memalingkan muka baginda daripada beliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada para penguasa Quraisy tersebut.
Dengan kejadian itu, Allah s.w.t pun mewahyukan ayat 1-11, Surah Abasa yang bermaksud:“Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapati daripadamu)! ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi ( kepada ajaran al-Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (daripada keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).”Kisah di atas, walaupun menyebut tentang ‘orang buta’, ia merangkumi golongan kurang upaya yang lain yang seharusnya tidak ketinggalan dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan dakwah Islamiah.
Kesungguhan mereka yang mendapatkan ilmu agama dan juga keprihatinan guru yang mengajar membawa kepada keberlangsungan sesuatu ajaran itu masuk ke dalam jiwa orang yang menuntut ilmu.Berbalik kepada golongan pekak, mereka hanya bergantung kepada bahasa isyarat untuk memahami apa yang disampaikan oleh pendakwah. Alhamdulillah, media eletronik masa kini sudah mula menempatkan jurubahasa isyarat semasa khutbah Jumaat yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Medium yang digunapakai oleh warga pekak hanyalah yang berbentuk visual dengan jurubahasa isyarat di sampingnya.
Malangnya, kekurangan jurubahasa isyarat menjadi penyebab utama mesej dakwah itu sampai kepada warga pekak dengan cara yang tidak sempurna. Mereka masih memerlukan jurubahasa isyarat untuk menghayati ceramah-ceramah agama yang diadakan di masjid-masjid dan tempat-tempat tertentu. Mereka juga perlu memahami isi kandungan al-Quran yang menjadi pelengkap kepada Islam yang mereka sanjungi.
Selain itu, komunikasi berkesan juga amat diperlukan ketika mereka mahu menyuarakan pendapat dan persoalan tentang sesuatu perkara terutamanya apabila berurusan dengan jabatan agama atau institusi keagamaan yang ada.Berbicara soal urusan dengan jabatan agama Islam, warga pekak sering diketepikan atas alasan tiada komunikasi yang baik antara kakitangan sektor awam ini dengan warga pekak. Mana mungkin warga pekak dapat menyuarakan persoalan agama kepada kakitangan jabatan agama Islam dengan menggunakan kaedah isyarat tangan yang tidak difahami oleh kakitangan tersebut.
Bagaimana pula keadaan warga pekak yang berkeinginan menunaikan ibadah haji atau menunaikan umrah di Mekah? Bagaimana mungkin mereka dapat menjalani ibadah itu dengan sempurna tanpa jurubahasa isyarat membantu aktiviti keagamaan mereka di Tanah Suci itu.Masalah orang pekak dan aktiviti dakwah Islamiah pernah dikaji oleh seorang pensyarah dari Jabatan Dakwah dan Antropologi, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kampus KUSZA Gong Badak, melalui kajiannya, “Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) sebagai Wahana Dakwah: Kepentingannya Dalam penghayatan Agama Warga Pekak”.
Kajian beliau telah dibentangkan semasa Seminar MySL pada 23 hingga 25 Ogos 2007 di Johor Bahru. Melalui kajian itu, beliau mendedahkan bahawa warga pekak juga terlibat dengan beberapa kes keruntuhan akhlak, bermasalah dengan institusi keagamaan dan sukar mendekati dakwah Islamiah tanpa kemahiran berbahasa isyarat yang baik.

Tuesday, December 16, 2008

Kuala Lumpur










Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi Malaysia. Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia.

Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL. Dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.