Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 24, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Saya dan keluarga kini terkejut bila mendapat berita tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim. Ini membuat kami bersimpati pada mereka. Saya turut bersedih kerana ada sesetengah daripada mereka adalah anak yatim yang juga berkorban. Saya terpilu dengan pemergian mereka. Tetapi Allah Maha Esa lebih menyayangi mereka =).

Saya minta warga Pekak harus memberi sumbangan sedikit kepada tabung tragedi tersebut untuk membantu anak yatim dan juga rumah tersebut. Sebagai OKU Pendengaran, saya mesti relakan mendermakan duit kepada mereka melalui TV.

Saya berharap agar masyarakat kita akan membantu mereka. =)

Saturday, April 16, 2011

Penulis telah kembali selepas lama tidak gunakan blog...

Wahai pembacaku, Saya minta maaf kerana tidak buat update blog ini disebabkan oleh kesibukan kerja tugas saya.


Saya ingin mengucapkan selamat menjalani kerja latihan industri kepada kawan-kawan saya yang sedang bercuti semester dan tidak lama akan masuk kerja latihan industri. Tentunya saya rindu mereka ^-^


Selain itu, saya akan menulis blog ini pada setiap hujung minggu jika ada idea yang menarik ya. =D



~~SeLaMaT beRcUtI SeMesTer & MenJaLaNi kErJa laTihaN IndUstRi~~

Friday, December 10, 2010

Lama x update...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Lama saya tidak buat update blog kesygku kerana terlalu sibuk buat tugasan pada setiap minggu ya.

Baru-baru ini saya dan rakan saya, Ain Shuhada sudah habis kerja sukarelawan MSK pada 28 Nov hingga 1 Disember lepas. Pengalaman saya sebagai sukarelawan ialah saya mulanya menyukarkan diri untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang normal. Dengan begitu, saya kena terpaksa berusaha untuk cuba berkomunikasi dengan mereka hingga berjaya dapat biasa diri dengan mereka melalui menulis dan menggunakan bahasa isyarat sikit seperti eja huruf saja.

Saya sepatutnya bersyukur kepada Allah Maha Penyayang kerana Dia yang berikan kesabaran dan ketabahan kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada Ain Shuhada, Seha dan Ina (Amelina) yang membantu saya bekerjasama dengan mereka dan rakan-rakan setugas yang normal. Saya tidak akan melupakan pengalaman saya =)

Sebelum habis tulis ini, saya juga berucap selamat tahun baru Islam atau Maal Hijrah kepada umat Islam di seluruh dunia. Saya juga meminta maaf jika buat sebarang kesilapan atau kesalahan terhadap kamu semua.

Saturday, September 25, 2010

Amaran!!! Anda sepatutnya berhati-hati bila berada dala Yahoo Messenger

Saya pernah diganggu oleh orang yang menunjuk dirinya pelacur semasa saya berpuasa. Orang itu cuba memujuk saya supaya masuk ke laman web yang dimilikinya tetapi saya tetap menolak pujukannya. Itulah sebab lama web itu merupakan laman web yang tidak sihat dalam perniagaan yang aneh... Jadilah jika anda terima orang yang x dikenali, anda mestilah ignore orang itu kerana orang itu selalu ganggu saya dan juga orang lain!!!

Jika anda tidak tahu, datanglah berkongsi pengalaman dengan saya melalui facebook, blog ini atau yahoo.. :)

TQ

sUDaH kEmBaLi!!

Penulis sudah kembali menulis blog selepas sebulan kerana selama sebulan saya asyik sibuk buat tugasan yang lebih bercabar.

Penulis blog ini mohon maaf jika buat kesalahan dan kesilapan saya terhadap anda semua pada sepanjang bulan. Saya berharap agar kamu akan menerima maaf dengan ikhlas. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada anda semua yang beragama Islam.

Baru-baru ini peperiksaan UPSR sudah habis. Bagaimana anda rasa semasa menduduki peperiksaan UPSR? Yakinkah boleh jawab? Atau gementar? Jangan risau, kita mesti berdoa kepada Allah Maha Penyayang. =)

Dah giliran peperiksaan PMR sudah datang, jadi saya mahu anda semua yang bakal menduduki peperiksaan PMR mestilah rajin belajar sungguh-sungguh untuk mengejarkan cita-cita yang anda minati.

Jangan anda menyesal jika anda x dapat menjawab dengan baik!! Cubalah menjawab soalan dengan baik dan yakin!!! Semoga berjaya menduduki peperiksaan PMR yang sudah dekati =)

Sekian, terima kasih

Thursday, August 12, 2010

BuLaN RaMaDhaN SuDah KeMbaLi!!

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah kembali. Aira sudah gembira dapat menemui bulan ini kerana bulan ini sangat bersuci untuk kita.
Dalam bulan Ramadhan ini, kita sepatutnya melakukan amalan yang baik dan berdoa kepada Allah supaya dosa-dosa kita akan terhapus jika kita selalu buat solat dan buat amalan yang baik.
Saya terlebih dahulu meminta maaf jika buat kesalahan atau buat anda sakit hati.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda yang beragama Islam.
Semoga awak akan dapat memenuhi ibadat puasa :)

Monday, May 17, 2010

Mengapa manusia suka bersikap dera???

Saya betul-betul marah kerana terkejut selepas membaca berita tentang bayi comel sudah meninggal dunia akibat dipercayai didera oleh pengasuhnya. Apakah salah pengasuhnya? Itulah tanda hampir menghapuskan perpaduan 1Malaysia!

Jadi saya mahu harapkan agar negara kita jangan sampaikan jadikan negara yang 'paling dera'! Saya mahu bekerjasama dengan anda semua agar mencegah kawan-kawan kita daripada terus bersikap dera! Jangan lupa amalkan kasih sayang dan berpegang agama kita ya.

Saya ucapkan takzirah al-fatihah kepada keluarga bayi tersebut. Tahu tak, saya menangis kerana manusia sudah jatuh ke tangan yang 'lebih kejam' seperti penderaan dan pembuangan bayi. Kasihan bayi yang tidak berdosa. Saya sentiasa berdoa agar peristiwa tidak akan berulang lagi.

Harap maaf.
Saya betul-betul sayang akan bayi itu sepertimana Allah sangat sayang bayi yang tidak berdosa. :)