Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 15, 2010

Punca-punca pembuangan bayi dan langkah-langkah untuk mencegahkannya

Punca-punca:-

  • Melakukan persetubuhan secara haram akibat mengikut nafsu hawa syaitan.
  • Tidak dapat restui daripada kedua-dua keluarga pasangan.
  • Akidah Islam semakin lemah akibat keimanan berkurang.
  • Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah, IPTA atau lain-lain.
  • Terpengaruh budaya barat yang lazim berlaku di luar negara seperti perfileman barat, bahan-bahan lucah, pergaulan bebas dan lain-lain.
  • Ingkar kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam dengan teman lelakinya.
  • Terpengaruh dadah secara tidak sedar.
Langkah-langkah:-

  • Berikan kerjasama dgn ibubapa, masyarakat, pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mencegahkan masalah tersebut. Sebagai contoh, pihak berkuasa bekerjasama dgn polis untuk menjejaki remaja perempuan yang sedang mengandung bayi tanpa nikah secara luas melalui kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah dan juga IPTA/IPTS.
  • Mengadakan kempen untuk menyedarkan ibu bapa terhadap anak-anak.
  • Meningkatkan didikan agama terhadap anak-anak supaya mudah-mudahan mereka tidak akan mendekatkan perbuatan yang tidak senonoh.
  • Jika si ibu tidak mahu terima anak luar nikah, berfikir terlebih dahulu sebelum menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat untuk mengelakkan daripada terus berdosa besar seperti membuang bayi yang tidak berdosa.

Kejamnya si ibu berani membuang bayi yang tidak berdosa.

Baru-baru ini Aira mendengar berita itu. Aira terkejut dan sedih bila melihat mayat bayi telah dibuang secara haram. Aira betul-betul tidak faham mengapa begitu. Aira sudah mula membenci si ibu yang membuang bayi.

Sebaliknya Aira juga memberi pujian kepada bekas penuntut IPTA yang tidak mahu membuang bayi namun rela memelihara anak luar nikah yang dilahirnya. Aira difahamkan keluarga angkatnya telah berikan nasihat kepada bekas penuntut itu. AKhirnya dia setuju tidak membuang bayi dan akan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkatnya bila dia sudah sihat dan kembali belajar. Taubatlah kepada Allah sebelum terlambat.

Mari kita bincangkan tentang punca-punca pembuangan bayi dan langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut, anak-anak. Saya boleh membantu anda semua cuba menulis karangan secara tidak kira panjang atau ringkas. Mudah-mudahan anda akan faham cara-cara membuat karangan.

Aira telah kembali menulis blogger semula!

Selepas 2 bulan komputer saya dibaiki, akhirnya komputer saya sudah pulih, saya dah kembali. Bagi anda semua, saya minta maaf kerana lama tidak menulis artikel or lain2 yang menyebabkan anda semua tunggu lama.

Namun tidak lama saya dan keluarga akan lawatkan ke Sabah dan Labuan. Bagi saya, saya betul-betul gembira kerana ini kali pertama saya akan pergi ke sana dgn keluarga. Sebaliknya saya mahu membuat penyelidikan ke atas alam semulajadi dan juga pelancongan dgn sendiri.

Sebelum saya terus menulis artikel, saya terlebih dahulu ucapkan tahniah kepada kawan-kawan saya yang telah berjaya dapat lulus SPM dan juga mata pelajaran. Jadi tahun ini pencapaian SPM telah meningkat di FSD (SMPKP). Terima kasih kepada guru-guru yang telah menjasai usaha dan didikanmu kepada anak-anak Pekak.

Thursday, January 21, 2010

Sunday, January 10, 2010

Allah sayang kita Islam. Jangan buat dosa lagi. Tolongla bertaubat sebelum terlambat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meluahkan perasaan dan keadaan aku kepada anda semua. Sebenarnya saya serba salah kerana saya hampir tidak ikut jalan Allah. Itulah iblis ketawa aku. Aku bermalu sekali dan mahu berbangkit semula untuk menentang iblis dan perbuatan yang dosa yang dibuat manusia. Saya betul-betul hampa terhadap mereka tetapi saya mesti bertabah sambil mengingati Allah. Melalui al-Quran, ia berkata "Jikalau manusia dapat dosa yang banyak, tentu Allah akan menyeksa manusia yang kafir dan munafik dengan azabNya". Itulah ingatan saya yang paling kuat.

Saya berharap saya sentiasa cuba mengelakkan diri daripada meneruskan perbuatan yang "sesat". Saya bersyukur kpd Allah kerana Dialah yang memberi hidayah dan cahaya kepada aku kerana Dialah yang menyayangi orang Islam yang berhati mulia dan beriman. Maafkan saya jika saya buat salah terhadap awak semua. Tolonglah maafkan perbuatan saya. Terima kasih, adikku.

Untuk maklumat pasal Islam,
Tekanan Di sini

Saturday, January 9, 2010

Baju Design Ciptaan Aku..


Nak berpesan baju ini? Saya hanya buat design ke atas baju. Saya buat ini dengan kreatif dan inovatif. Jika awak cari baju yang hebat, boleh bincang dengan saya sebelum awak pergi cari kedai,ya. Jgn ingat saya mempunyai "bisnes" sendiri kerana saya masih pelajar. Hanya membantu anda semua. :D
Cantik tak?

SeLaMat HaRi JaDi Mama dan Aku



Sebaik tahun baru 2010 telah bermula, kami sekeluarga ambil masa sikit untuk meraikan majlis ringkas harijadi mama (1/1) dan aku (3/1). :D

Ketika itu, saya sedar betapa tanggungjawab saya sudah bermula apabila saya dah masuk 22 tahun. Jadilah saya sudah sedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta ujian yang ditentukan olehNya. Kita mesti bersyukur dan berdoa banyak kepada Allah S.W.T..

Walapun negara kita dalam perang politik, kami tetap bersyukur dan mengingatiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sekeluarga hambamu. Dan janganlah menyeksa kami dengan azabMu. Tolonglah selamatkanlah kami sekeluarga hambamu. Ya Allah, berselawatlah ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.. Dan ampunilah dosa-dosa kami. Amin.

Selain itu, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam 1431 H dan juga tahun 2010 kepada anda semua di dunia kita. Saya berazam agar kita mesti bertaubat sebelum terlambat.