Blogroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 6, 2009

Sempena hari AIDS sedunia


HIV

HIV is a virus that attacks the body's immune system - the body's defence against diseases. The latest research suggests that between 70 and 90 per cent of people may experience symptoms of infection a few days after having been infected. Three symptoms occurring together: fever, rash and a severe sore throat should always be considered a potential indicator of HIV infection. These symptoms usually disappear within two or three weeks. Other people may not have symptoms to start with. In all cases, without effective treatment the immune system will eventually become very weak and no longer be able to fight off illnesses.

AIDS

Acquired immune deficiency syndrome or acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) is a disease of the human immune system caused by the human immunodeficiency virus (HIV).



JIka awak sedar tentang begitu, anda harus mencegah ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan anda daripada dijangkit AIDS atau HIV. Jadi kita boleh membantu mangsa-mangsa AIDS atau HIV kerana Allah Taala. KIta tidak akan berputus asa untuk membantu kawan-kawan kita yang berpenyakit di dunia.

SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA 2009
PADA 1 Disember 2009.

Thursday, June 4, 2009

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah dan Asrama di Malaysia!!

Aku terima amaran daripada pihak sekolah agar saya tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah dan asrama. Ada yang tidak dapat terima tapi terpaksa saja. Awak nak tahu mengapa begitu?

Ada sebab-sebab larangan penggunaan telefon bimbit:-

  • Ada masyarakat tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan penggunaan telefon bimbit. Contoh:-
Itulah menyedarkan kita tentang sikap remaja negara kita dan menjadikan iktibar kepada masyarakat dan sekolah kita tentang kesan penggunaan telefon bimbit. Pada satu hari nanti Allah akan melenyapkan seksaan kepada orang-orang yang melakukan dosa besar seperti itu. Tolonglah sedarlah!

  • Jejas pelajaran kita. Contohnya banyak sms seperti sms bual dan sms cinta serta games sepanjang harian tanpa buat kerja rumah atau sekolah merupakan satu pembaziran masa.
Ini membuktikan kita bakal akan menjadi penyakit akibat itu. Sedarlah!

Oleh hal itu menyebabkan pihak kementerian bercadang agar pihak sekolah di seluruh negara tidak akan membenarkan kita menggunakan telefon bimbit.


Monday, June 1, 2009

Kem Perdana 2009 di Gua Kelam

19 Mei hingga 21 Mei 2009

Kem ini sangat seronok dan banyak cabaran baru untuk kami. Kami telah mempelajari apa-apa yang fasilitor berikan atau nasihat.

Dalam gua, saya rasa dapat berpengalaman baru apabila mempelajari dan mencabar diri saya ketika masuk air di sana untuk belajar bagaimana menghadapi kesusahan itu sebagai persediaan menghadapi bencana.

Selain itu, kami dapat sedar tentang hari ibu amat penting kerana ibu lah pendorong dan juga orang yang melahirkan kita. Kita janganlah menderhaka ibu bapa kita. Ketika itu, saya hampir jatuh air mata apabila Cikgu Nazri menasihati kami tentang perkara itu. Dia berkata tak elok perbuatan derhaka atau menyakiti hati ibu bapa, nanti terkena buat dosa besar yang sukar diampunkan. Itulah perkara yang saya pernah dengar beberapa kali kerana saya pernah menghadiri motivasi beberapa kali sejak bersekolah rendah hingga kini. Oleh itu yang mendorong saya boleh membina motivasi dan disiplin diri saya sendiri dan juga kawan2.


Thursday, April 23, 2009

SMPKP akan mengadakan hari sukan pada 30 April ini

Kawan-kawan dan guru-guruku,

Program hari sukan sedang diproses dengan baik. Nampaknya keadaan sekolah saya penuh hebat kerana rumah sukan masing-masing membuat hiasan yang hebat bagi bersaing antara satu sama lain namun hebat lagi kerana mereka lah saling kerjasama!

Bagi saya, saya berharap hari sukan akan dilancarkan dengan baik tanpa gangguan. Jika tak, ia akan menghantui fikiran saya...haha... Minggu ini dan minggu depan juga saya tiada masa nak bertulis blog ini kerana kedua-dua minggu adalah aktiviti bersukan dan berkokurikulum. :D Semoga berjaya kepada rumah sukan Biru, Kuning dan merah masing-masing yang terlibat dalam acara ini yang disediakan. Terima kasih..

Sempena Hari Buku Sedunia 23 April

Penulis mengucapkan selamat hari buku sedunia kepada anda semua. Saya mengakui buku adalah teman istimewa bagiku kerana ia membantu dan menasihati saya melalui minda saya..:D

Saya berharap semua orang mesti mencari ilmu yang diberikan. Saya juga akan membaca buku bila ada masa. :D

Monday, March 16, 2009

Pelajar Pekak perolehi 12A dalam SPM 2008...hebatnya!

Pelajar pekak peroleh 12A

KAJANG: “Saya tidak pernah anggap dia bukan normal disebabkan kepintarannya dalam pelajaran, malah saya bangga dengan setiap kejayaannya,” kata L Pathmani, 48, ibu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kategori orang kurang upaya (OKU).

Pathmani berkata, dia tidak malu mempunyai anak cacat pendengaran seperti N Aghilan, 18, sebaliknya berbangga apabila kecemerlangannya memperoleh 12A berjaya menandingi pelajar normal di seluruh negara.

Katanya, anak bongsu dua beradik itu memang cergas akal sejak kecil meskipun tumbesarannya terganggu berikutan kesukaran mendengar dengan jelas, lebih-lebih lagi sebelum mengenakan alat bantuan mendengar.

“Aghilan memang susah mendengar sejak kecil, malah doktor memberitahu kami supaya mendidiknya dengan baik, teratur dan tidak mencampur adukkan bahasa bagi mengelakkan dia keliru sekali gus sukar memahami percakapan orang.

“Atas sebab itu, kami amalkan penggunaan dua bahasa perantaraan di rumah iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Tamil supaya Aghilan mudah faham,” katanya ketika ditemui selepas menemani anaknya mengambil keputusan SPM di sini semalam.



Sementara itu, Aghilan yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit di sini, berkata kejayaannya mendapat 10 1A dan dua 2A adalah berkat bantuan rakan dan guru selain kedua ibu bapanya yang tidak jemu memberi sokongan.

“Walaupun belajar di sekolah normal bukan aliran khas, saya tidak melihatnya penghalang untuk berjaya,” katanya yang turut menerima Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Selangor atas kejayaan memperoleh 8A.

Ditanya rancangan masa depannya, pelajar pintar ini menjelaskan mahu mengejar cita-citanya dengan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian komputer di institusi pendidikan terbaik sama ada dalam mahupun luar negara.

Tuesday, March 10, 2009

Sekolah kita ada 2 pelajar cemerlang

Para pembaca,

Saya telah dapat tahu apabila umumnya 2 pelajar cemerlang di sekolah kita pada hari keputusan SPM pada 12 Mac lepas.

Terdapat 2 orang pelajar cemerlang SPM 2008 ialah

Muhammad Muhaimin Syafiq dari Kuantan, Pahang
Bekas Ketua Pengawas Asrama 2008


Sally Tang @ Tang Xie Li dari Selangor
Bekas Pengawas Sekolah

Akhirnya mereka sudah buktikan kejayaan SPM ini. Saya ada beritahu awak yang kawan-kawan mereka pun mampu dengan kemahiran mereka masing-masing.

Saya berharap mereka akan bermotivasi diri untuk meneruskan belajar hidup baru selepas ini. TQ